Skip to main content

checkup dani 6 bulan




hari khamis 23hb september ari tu g check up dani 6 bulan kat KD Desa Putra,Sg. Merab. memang dah janji ngan enady suh dia ikut sebab dani akan kena cucuk bila check up 6 bulan ni. tak nak jadi macam bulan lepas, mase cucuk dani tu, dia bergerak pastu tak dapat masuk habis ubat tu.

check up macam biasa. dan resultnya,

berat dani : 7.0 kg
tinggi dani : 65 cm

berat naik sikit je. maybe sebab dia demam campak ari tu kot... tapi sekarang aku tengok badan dia dah naik balik..sebab aku dah start bagi dia makan solid food...sukeee..

tinggi langsung la tak naik..huhu.. camne bagi tinggi dia naik ni..

tapi so far, perkembangan dia normal lagi. masih lagi dalam lingkungan graf yang kaler putih.


perkembangan dia, ari tu aku dah citer kan..takpe.. aku copy paste balik..

perkembangan dani di usia 6 bulan :

1. nak belajar merangkak kot sebab dia dah pandai nak angkat2 vontotnye..
2. mulut dah makin bising..bisng satu rumah tau..
3. kalau kite bagi barang kat dia, dia dah dapat amik.
4. pastu bila kita nak amik barang tu balik, dia akan mengamuk (menangis)
5. dah pandai menelan makanan.
6. suka gelak. ibu cakap dani ni peramah orangnye.
7. suka orang dukung dia. pastu kalau letak dia akan menangis..=p
8. rambut dah panjang sangat. bila ntah nak potong.
9. dah knal mama n papa dia. tapi dani ni sape2 yang hulur tgn nak dukung dia, dia mau jer.
10. kuat betul dia minum susu sekarang ni.
11. dah pandai pegang botol susu sendiri mase minum susu.
12. peka kpd bunyi2 persekitaran.
13. dah kenal nma dia sendiri.
14. pandai geleng2kan kepala tapi takde maksud ape2.
tu je kot, lau ade nanti apdet lagi k..

terbaru :

15. terpegun tengok pompuan cantik..suke sangat kena dukung n cium ngan pompuan.... adeiii.. kecik2 lagi dah pandai..

and last, jom tengok video dani belajar nak merangkak sambil goyang-goyangkan badan dia..hehe.. lawak ok..



video

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
2 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…