Skip to main content

3 syawal 1431H | pulang ke kampung halamanku

akhirnya...

setelah penat beraya bersama keluarga mertua (ecehh..penatlah sangat=p)..

raya ketiga, tepat jam 9 pagi, aku sekeluarga bertolak la dari Pahang ke Perak. Jauh tu.. akan memakan masa selama 5 jam kalau jalan tak jem. kalau jem..haru la... jam berapa mau sampaii..


haha..janji melayu kan. sebelum tido malam tu, dah cakap dah ngan enady nak bertolak awal pagi dalam kul 7 macam tu. maknanye kena la bangun seawal lebih kurang kul 5 pagi. tapi kan.. mentang-mentanglah dah tak puasa kan, liat tul nak bangun awal-awal subuh.. sudahnye 6.30 pagi jugak bangun. hah, kelam kabut...


syukur sangat-sangat. jalan tak jem langsung! tapi kan..kesian highway yang menghala ke Kuala Lumpur dari utara. jalan adalah sangat jem ok!.. ramai yang dah start keje Isnin kot kan.. dah sampai kat exit Bidor pun masih jem lagi..


sampai kg. gajah kul 2 petang. sedara mara baru je balik.. ibu kate umah kena serang tadi sebelum aku sampai tu. masing2 nak tengok dani katenye. hehe..sori sedara mara ku. lambat bertolak, lambat lah sampainye..:)

bila dah habis makan.. sesi bergambar pun bermula. sesi bergambar terpalsa buat pada hari itu jugak sebab adik aku, ijai nak balik KL dah. dia dah start keje isnin tu. biasala keje hospital kan.. cuti mmg terbatas. tambah-tambah kat HKL tu. ramai beno patien nye. ;)

keluarga lengkap kami.... tema kaler black n white, campo kelabu sikit. agak tak menarik la kaler grey ni... tak macam tahun lpas punye gambar raya.. fuhhh meriah giler ngan kaler purple nye. KLIK sini.

bermulalah gambar ceria kami sekeluarga.. satu je yang tak ceria. korang teka sape eyh...

dani ngan nenek Perak nye. dani kene panggil nenek Perak ngan nenek Pahang... sebab dua-dua panggil nenek...

dani ngan aki n mak yang dia.

ayah dan ibu. sayang mereka...:)

kami yang pompuan pompuan ni..:) aku, ibu, ika n yang duduk depan tu kak yang.

last : gambar dani ngan pak chu nye. same tak muka dorang? ramai yang kater dani ni ikut muka anep. :) nanti pandai pun macam pakchu ye dani..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
3 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…