5 Syawal | beraya ke Chemor + Ipoh


raya ke-4 pagi :
- tidak berjalan ke mana-mana sebab keletihan raya ke-3 yang baru pulang dari Pahang kan.

raya ke-4 petang :
- macam-macam plan, tapi disebabkan dah petang sangat, makanya tak bolehla nak beraya jauh-jauh. petang tu hanya beraya ke rumah mak sedara aku kat kg. bandar tua, kg. gajah. area-area kampung aku jugak. kan dah cakap umah mak-mak sedara dekat-dekat je ngan kg. gajah ni.

gambar untuk raya ke-4 nan ado sebab keterlupaan lah..hikhik

jadi aku terus bercerita tentang raya ke-5..

raya ke-5 memang dah plan awal-awal akan beraya jauh sikit. takdelah jauh sangat cuma kat sekitar Ipoh je.

lepas breakfast gerak. adela dalam kul 10 kut. rumah pertama aku serang umah wancik dulu. kat pekan kampung gajah je. dah call siap-siap cakap nak datang. tapi ain cakap wancik takde g Pekan Selasa. so, beraya makan kuih aje lah.. aku cakap balik kat ain, lorrr nak datang beraya bukan nak kena masak itu ini la.. nak datang ziarah sempena raya je. kalau dah masak tu satu bonus la kan..hehe..

sampai-sampai je, memang dah tertulis rezeki kami. wancik masak bihun. sedap lak tu. nak tambah tak cukup.. kihkih..

ain | my cousin anak sulung kepada Wancik adik ayah aku.

thanks ain, sedap tau bihun tu.. walaupun bawang nye tertumbuk sekali ngan lada hitam.. =p

perjalanan diteruskan lagi ke Chemor plak. beraya ke rumah sepupu aku, yah. anak kepada mak uda. mak uda kakak kepada ayah aku. mak uda tu duduk selang 4-5 buah rumah je daripada rumah ibu ayah aku. pegi rumah yah takdela susah mane pun. senang je. rumah pun lawaaa... :)

sampai-sampai je yah tengah masak. huhu.. rezeki kami lagi. kami makan tengahri di sana. lauk ayam masak sambal, telur dadar, kobis tumis, sambal belacan.. nyum nyum.. walaupun simple tapi bila makan ramai-ramai.. wahh heaven kan.. lama dah tak jumpa pulak tu bila masing-masing dah kawen ni..

memang dah janji ngan sepupu aku lagi sorang ni. abang peroz. anak kepada wancu. wancu ni pun kakak ayah..

hahahaa.. pening dah korang kan.. kejap wancik, wancu lah.. mak uda lah.. hehe.. family belah ayah aku ni memang meriah sikit eh banyak.. :)

mase abg peroz satu family datang, lauk pauk yang makan tengahari tu dah tinggal sikit. jadi nye yah masakla mee goreng. standby sebab lauk dah tinggal sikit kan..

Muhammad Afiq Hakimi bin Fairus Nasirin. anak teruna bongsu si abg peroz ngan kak ida.. hensem kan.. dah besar nanti ni mesti hensem..:)

lama gak la lepak umah yah. sembang - sembang, makan - makan, gelak - gelak.. hahaha.. bestt.. dani pun mood dia ok.. takde langsung meragam. suka kot dapat berjalan..

aku ngan ika. adik bongu aku yang manjeeee ni... dah nama pun bongsu kan.. baru darjah 5 tau.

aku, kak yang, ika n dani..

Lepas dah puas beraya kat umah yah, plan seterusnya adalah ke rumah wancu piah kat Simpang Pulai, Ipoh. Wancu Piah ni kakak ayah. dah alang-alang beraya ramai-ramai ni kan, aku ajak sekali ngan family yah tadi g umah wancu. dorang pun lom lagi beraya ke rumah wancu.

sampai umah wancu, tak ramai anak nye yang ade. yang ade semua bujang2 lelaki. yang dah kawin semua lom balik lagi kecuali nor. nor dah balik teluk intan umah mertua. abg peroz dah jumpa dah tadi.

sembang-sembang raya ngan wancu semua. sejam lpas tu kami pun bergerak pulang. yah n family ke rumah kawan lain katenye. aku n family pulang ke kampung..

sekian cerita 5 syawal pada kali ini..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...