Skip to main content

sebenarnya takut tapi pegi jugak

saya hari ini..:)

sambung ayat dari tajuk kat atas nun...

Sebenarnya takut nak pegi tapi terpaksa pergi jugak sebab sudah tidak tahan kesakitan yang maha sakit ini. sakit bersalin pun kejap je tau..eh taklah tu tipu je. bersalin sakit jugak tapi hari pertama jelah..;)

dari semalam lagi, kan aku dok canang kat sini yg aku sakit gigi.. ramai yang kate pegi ajelah cabut gigi tu kalau dah sakit sangat..ermm.. dorang ingat aku sakit gigi sebab berlubang.. bukanla... aku sakit gigi bongsu aku ni nak keluar la..tsk tsk tsk.. sakit weii.. seb baikla yang belah kiri dah lepas dah...ni belah kananyang last la ni..

ngeri weii kalau cabut gigi bongsu tu kan.. tak nak aku.. dahla gigi geraham satu dah kene cabut..( rujuk entry ni ).. sedar tak sedar dah setahun lebih rupanya saya cabut gigi geraham tu.. ni nak cabut lagi gigi geraham yang bongsu ni..uishhhh..idak le...sayang beb.. seb baik la gigi bongsu tu tak senget sangat...

kul 3 pagi tadi, mesej jiran baikku, cikin. mintak postan kat dia.. sebab dah tak tahan sangat dah.. sampai takleh nak tido dah... dgn dani muntah-muntah nye lagi.. bila mase aku tido ntahla..

tq cikin. hasben dia yg dtg umah aku.. ( aku kenal baik ngan dua- dua) kul 5 pagi tak silap.. tq sangat-sangat tau. ubat mahal plak tu dia bagi. RM6 sebijik! hambek ko.. tapi memang berbaloi-baloi la.. g klinik putrajaya tadi tak sakit gigi pun. aku g klinik sebab nak standby je, kan hari sabtu ngan ahad esok. meraung kang kalau aku tak standby ubat tahan sakit...huhu..

g klinik tadi, ramai jugak orang ek.. aku sampai kul 7.30 pagi. kul 9 baru siap semua.. kat atas tu ubat yang doctor kasik.. mintak-mintakla berkesan dan hilangkan kesakitan yang kutanggung ini..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…