Thursday, November 5, 2009

kisah sedih lagi menyayat hati..

Namaku Orkid. Dah tentu itu bukan namaku yang sebenar. Hanya rekaan si penulis blog ini. Tapi ini kisah benar. Kisah aku untuk kalian jadikan tauladan. Umurku 32 tahun. 10 tahun aku bergelar isteri seorang suami. 2 tahun adalah tahun2 yang bahagia. Dan tahun selebihnya adalah tahun aku dirundung duka.

Perkahwinan kami ibarat Witney Houston dan Bobby Brown. Wahh nak jugak diibaratkan seperti penyanyi Hollywood yer..taknak kalah. Dimana seperti perkahwinan mereka yang ramai menjangkakan tidak akan berkekalan walau 5 minit sekalipun. Tetapi kami mampu bertahan. Aku yang bertahan. Aku yang mempertahankannya. Demi anak2..demi keluarga. Biarlah orang lain melihat kami bahagia sahaja, sedangkan deritanya aku yang tanggung seorang.

Dari anak seorang, masuk kedua, ketiga dan akhirnya keempat. Perangai suamiku semakin menjadi2. Dulu ramai yang menegah aku kawin awal. Elok je habis University, belum sempat berbakti kepada keluarga..aku kawin. Secara jujur aku katakan, aku amat jarang menghantar wang ke kampung. Apatah lagi pulang beraya di kampung. Semuanya lebih di sebelah suamiku. Setiap tahun kami pulang beraya di kampungnya. Klw aku ungkitkan, kami bergaduh dan akhirnya aku juga yang mengalah.

Ketika aku ada anak 2 orang, suamiku sudah mula menunjukkan perangai sebenarnya. Sebenarnya itu memang perangai dia dari dulu lagi. Cuma bila sudah beristeri, sudah punya anak masih tidak mahu berubah. Aku menangkap suamiku berlaku curang dengan perempuan lain. Bersama 2 orang anakku, aku lari pulang ke kampung. Bayangkan selama 4 tahun selepas kawin aku tidka pernah pulang ke kampung. Dan kini aku pulang.

Dengan 2 orang anak aku heret mereka menaiki bas. Aku hanya ingin bertenang berada di kampung. Bukan tujuan untuk mengadu nasib atau menangisi nasib perkahwinan aku. Tapi air mata aku tumpah jua bila tiba di kampung. Ayah yang tinggal berseorangan tidak mampu lagi menguruskan diri sendiri. Hanya dijenguk kakak yang tinggal bersebelahan rumah ayah, dan sesekali adik beradik lain bergilir-gilir pulang ke kampung menjaga ayah. Air mata aku tumpah. Kesian ayah tidak ada siapa nak menjaganya betul2. Dulu akulah yang tinggal dengan ayah. AKu anak bongsu. Selepas kematian arwah mak, abang2 dan kakak ada yang kahwin, bekerja membawa haluan sendiri. Aku yang duduk dengan ayah. AKu orang yang paling rapat dengan ayah. Sehinggalah aku mendapat panggilan Univesity, jarak aku dengan ayah semakin jauh. Tanpa sempat membalas budi ayah, aku berkahwin dengan Zaki, suamiku itu.

Perkahwinan kami memang ditentang kakak dan abang2 masa tu. Salah satunya sebab mereka merasakan aku masih muda lagi. Lagipun tiada oarang nak teman duduk dengan ayah masa tu. Tapi aku berdegil. Aku kawin jugak. Langkah bendul 2 orang kakak ku. Mungkin sebab itu juga mereka tak bagi aku kawin dulu. Dan bila berkahwin, aku betul2 bawak haluan sendiri. Tiada lagi raaya dengan ayah, abang2 dan kakak2. Sehinggalah saat itu. Saat aku pulang membawa diri dari suami. Seminggu aku sempat jaga ayah. Jaga makan ayah, mandikan ayah. Dan ayah pergi dalam pangkuanku dalam masa seminggu tu. Ayah mmg dah lama sakit kata kakak, tapi ayah tunggu aku pulang. Ayah...maafkan Orkid Ayah!

Suamiku pulang ketika urusan pengebumian ayah. Adik beradik ku seorang pun tidak mensyaki keberantakan hubungan kami. Dan selepas majlis, aku dan anak2 ikut suamiku pulang ke KL kembali.

Suamiku tidak pernah berubah. Kadang2 pulang lambat pergi karaoke bersama teman2. Disuruhnya aku masak, tetapi lupa untuk pulang. Bila aku bagitau kakak atau abang2 aku nak datang rumah, cepat2 dia keluar dari rumah. Jenuh aku bagi alasan pada mereka yang suamiku ada kerja. Walaupun hari tu hari Ahad. Aku sabar dengan perangainya. Aku cuba lindungi keburukan dia. Tidak sesekali aku burukkan suamiku sendiri pada sesiapa.

Sampaila aku punya anak ke empat. Allah uji lagi aku dengan mengurniakan anak yang cacat. ANak bongsu ku itu down sindrom. Tahukah kalian bahawa suami ku tidak pernah mengankat langsung walau sekali anak bongsuku itu. Sedih hati aku sebagai seorang ibu. Bukan salah anakku itu dilahirkan sebegitu rupa.

Dan minggu lepas segalanya tidak dapat ku tahan lagi. Bilamana aku melihat gambar2 di handphone suamiku. Selama 10 tahun ini adalah perkara biasa bagi aku jika terbaca mesej sayang menyanyangi dari wanita lain kepada suamiku. Sudah 2, 3 wanita aku hubungi tanpa pengetahuan suamiku agar mereka berundur kerana akulah isteri nya. Dan minggu lepas aku tak tahan lagi. Hatiku sudah hancur berderai. Bilamana aku melihat gambar wanita yang berpacaran dengan suamiku akhir2 ini. Aku sudah berjumpa dengan perempuan tu. Budak baru habis belajar. Umur 24 tahun. Dia berjanji padaku untuk berundur diri. Tapi gambar dalam handphone suamiku itu menunjukkan perempuan tu memungkiri janjinya padaku. Bukan sekadar gambar biasa. Tapi gambar perempuan itu hanya berseluar dalam dan bra. Dan lebih meluluhkan hati aku...gambar tanpa seurat benang pun ada.

Full stop. Hati aku hancur. Sabar aku selama 10 tahun berakhir sampai di sini sahaja. Aku bergaduh besar dengan suamiku. Arghhh setakat bertengkar depan anak2, dia pukul aku itu perkara biasa. Aku keluar dari rumah ketika itu juga, bawak anak2 semua naik teksi menuju ke rumah kakakku. Aku nekad, tiada lagi maaf buatmu suami. Cukuplah pengorbanan aku selama 10 tahun ini. Cukuplah aku bergelar seoarang isteri. Aku terlalu derita dengan status itu. Cukuplah!

note : pengalaman sahabatku...lelaki2 di luar sana please pay attention...tau tak semua lelaki macam tu...tapi ade jugakkan..so, beringat ek...

♥ honey ♥

5 comments :

BULLET said...

sedih la bace kisah ni. sian dia kan. wpun bullet lelaki tapi bullet tetap xpuas hati kalau ade org buat camtu

syanaim said...

::ana ni blog mana ko dpt..leh share?sedih woo::

Anonymous said...

pengalaman orkid mcm ada iras je dgn sy...

::ainbutterfly~ said...

masyaAllah..moga2 dia akan bahagia juga nnt dan bersabar atas ujian..nak nangis ain baca..

bojez9 said...

Dasar laki2 idung belang, itu ujian utk mmlih Ÿªήƍ terbaik, plih yang hatinya bukan skdr ϑάȑΐ cintanyaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...