Hectic Life!
Bersiaran dari tempat kursus yang sejuk beku. Tingkat 8. Blok Selatan. MOF.
Tadi baru je baca blog HJ yang citer dia pasal life dia yang hectic bila dah beranak dua. Aku hampir menjadi seperti dia. Sebab Blog HJ yang dah 1 week terbiar tak berupdate pun aku baru baca hari ni occay.. Haha. Kalau tak, asal HJ update je aku dah baca dulu.
Baca blog dia, seakan aku adalah dia. Sama! Tak sempat nak kencing. nak berak. nak buat susu. nak masak. nak keluarkan ayam. nak sidai kain. hahaha.. memang supermak sungguh! Kalau kau seorang yang tak cekap dalam menguruskan rumahtangga, bakal susahla hidup anda bila sudah beranak dua. Semuanya harus cepat dan tangkas. Kalau ada mesin pengira speed macam yg dalam game Lee Chong Wei vs Lin Dan tu, boleh kira kot kelajuan aku berlari dari dapur nak ke bilik nak balkoni. Nak berkejar berlari Dani nak itu nak ini, Zara menangis pastu senyap pastu tiba2 nangis balik. Aduhaiii..Tapi sangat puas bila sampai kesudahannya, walaupun akhirnya aku melepek depan tv. Haha.
Baru-baru ni, aku ngan Enady selisih faham sket pasal tak puas hati dalam urusan menjaga anak. Kisahnya, bila anak-anak tido, then dia kuar g mancing. Kuar jam 4 petang. Sebelum Maghrib dia balik lah. Katanya. Sekali dah lepas Isya' lom sampai-sampai lagi. Aku sedia maklum, dia kalau dapat memancing memang lupa anak bini. Serius. Aku selalu makan hati ngan dia kalau bab ni. Dah Maghrib anak-anak semua dah bangun. Luckily, masa aku mandikan Dani, Zara tak menangis. Dah siap2 mandikan Dani dan aku sekali mandi n selesai Maghrib, anak-anak mula cranky. Aku dah msg Enady suh balik. Katanya 10 minit, dah habis 10 minit. 10 minit lagi. Berlarutan sampai sejam. Mau aku tak jadi HIJAU. Mulalah start bermsg msg. Ayat yang buat aku bergenang airmata " Anak-anak pun tak boleh nak handle". Aku tak bls msg tu. Aku diam je. Dalam hati aku berdoa, semoga satu hari nanti dia akan rasa apa yang aku rasa.
Alhamdulillah. Doa aku diperkenankanNya. Pukul 5.30 pagi tadi, Dani terbangun dan dia cakap "dede dede" Maksud dia, dia kencing. Pampers dah melayut. Memang kebiasaannya, Enady yang bangun akan setelkan kalau aku tengah menyusukan Zara. Dah lama-lama tu, Enady masuk bilik then dia tutup pintu. Dani menangis-nangis kat luar bilik. Aku terkejutla. Dan cakap, nape buat anak macam tu? Terus aku amik Dani, bukak baju dia, mandikan dia. siap2kan dia. Then dia dah senyap n minum susu sambil tengok tv. Aku fahamlah, Enady takboleh nak handle lah tu. Aku pulang paku serpih balik. "Haaaa, anak sorang pun tak boleh nak handle kan? Rasa tak macam mana mama rasa hari tu? Mama handle dua orang lagi" Dia diam je.
Bila anak-anak masih kecil lagi, hubungan suami isteri ni memang kena padu dalam menguruskan rumahtangga. Aku faham minat dia. Tapi berpada-padalah. Anak-anak kecik lagi kot. Kalau anak dah besar sikit, lantak pilah nak mancing sampai kul berapa pun. Anak-anak tak reti tak faham apa-apa lagi kot. Yang taunya nak mama n papa ada depan mata. Jenuh aku tipu sunat, cakap papa pegi work. Tapi tak berkesan. Dani tau kot papa dia bukan pegi work. Haha.
Komunikasi sangat penting. Kalau out dua-dua, silap-silap boleh berantakan rumahtangga.
Aku nak citer pasal lain tadi sebenarnya, dah tercerita pulak pasal ni.
Aku dah masuk minggu kedua bekerja. Belum lagi berjaya setel down masa nak pegi kerja dan balik kerja. kalau time cuti, memang tip top. Hari bekerja, masih terkejar-kejar lagi masa tu. Doakan aku akan cepat setel down benda2 ni ok...
Cerita aku kat atas tu, cerita experience aku untuk share ngan korang.. Bukan niat nak aib sesapa ok..
Chill!
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
alam rumahtangga : Fahami yang tersirat dalam hati suami
Sumber : FiKRAH iSLAMiAH
Fahami yang tersirat dalam hati suami
| Bil | Sikap Suami | Maksud Tersirat | Tindakan |
| 1 | Memuji masakan isteri | Dia suka dengan masakan dan sesuai dengan cita rasanya. | Ambil perhatian dan ingat risipi itu untuk masakan akan datang. |
| 2 | Memuji masakan orang lain | Dia memang suka masakan itu dan dia mahu isterinya belajar masakan seperti itu. | Ambil tindakan segera untuk belajar risipi tersebut. |
| 3 | Memuji pakaian seseorang wanita | Dia mahu isterinya pakai pakaian seperti itu dan bersedia membantu isterinya ke arah itu. | Isteri perlu tanya suami pandangannya secara ikhlas. |
| 4 | Memuji seorang wanita | Dia mahu isterinya bersikap seperti wanita itu. | Isteri perlu mengkaji apa yang istimewa pada wanita itu. |
| 5 | Suami selalu bercakap tentang masalah rumah tangga orang lain. | Dia mahu isteri ambil iktibar agar tidak mengulangi sikap isteri yang bermasalah itu. | Isteri perlu selidik mengapa mereka bergaduh. |
| 6 | Suami suka bercakap tentang sebab-sebab keluarga jirannya berpoligami. | Dia mahu isteri pandai jaganya, jangan jadi macam jiranya. Kalau tidak dia akan merima nasib yang sama. | Isteri perlu membuat kajian mereka boleh berlaku poligami dan cuba membendung dalam pergaulannya. |
| 7 | Suami suka mengambil sikap berdiam diri daripada bercakap banyak. | Dia mahu isteri ambil perlu bercakap dengannya dan mahu dilayan dan dimanjai | Isteri perlu mengambil tindak mengubah cara hidup dan pergaulannya selama ini. |
| 8 | Suami mengajak isteri mengurut belakangnya. | Dia mahu bermanja dengan isterinya. | Segeralah masuk ke dalam bilik dan mengemas bilik tidur. |
| 9 | Suami masuk tidur awal | Dia mahu mengajak isterinya masuk bersama untuk tidur. | Hentikan segalaa urusan dan memberi perhatian kepada suami. |
| 10 | Suami membawa balik makanan yang dibeli di luar. | Suami mahu mengucapkan terima kasih kepada Isteri yang selalu memasak untuknya. | Isteri perlu mengucap terima kasih dan memberi layanan yang baik kepadanya. |
Paparan ini adalah pandangan peribadi saya hasil pengalaman dan kajian secara rawak dalam kalangan umat Islam. Lazimnya isteri tidak faham maksud itu, lalu bertindak sebalik sehingga berlaku pergaduhan antara kaki tangan. Caontoh yang paling dekat ialah no 6, apabila suami berbuat begitu, isteri mensyakki sesuatu terhadap suaminya. Dia segera mengenakan syarat yang berbagai-bagi.
Suami sebenarnya tidak mahu poligami tetapi kadang-kadang sikap suami itu seperti doakan pula. Akhirnya suaminya kahwin lain. Jadi, betulkan sikap demi keharmonian rumah tangga.
♥ honey ♥
Hello!
Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...
-
Entry ni akan melekat sampai 27 Oktober 2010..so, teruskan mengundi.. segala undian anda amatlah saya hargai...:) wahhhh..teruja aku ni... b...
-
Entry ni akan melekat sampai 27 Oktober 2010..so, teruskan mengundi.. segala undian anda amatlah saya hargai...:) wahhhh..teruja aku ni... b...
-
SELAMAT TAHUN BARU 2020 walaupun dah 22 hari bulan dah hari ni.. hahaha nak update pasal anak-anak sekolah je... semua nya mac...