Tuesday, June 19, 2012

Hectic Life!

Hai semua.

Bersiaran dari tempat kursus yang sejuk beku. Tingkat 8. Blok Selatan. MOF.

Tadi baru je baca blog HJ yang citer dia pasal life dia yang hectic bila dah beranak dua. Aku hampir menjadi seperti dia. Sebab Blog HJ yang dah 1 week terbiar tak berupdate pun aku baru baca hari ni occay.. Haha. Kalau tak, asal HJ update je aku dah baca dulu.

Baca blog dia, seakan aku adalah dia. Sama! Tak sempat nak kencing. nak berak. nak buat susu. nak masak. nak keluarkan ayam. nak sidai kain. hahaha.. memang supermak sungguh! Kalau kau seorang yang tak cekap dalam menguruskan rumahtangga, bakal susahla hidup anda bila sudah beranak dua. Semuanya harus cepat dan tangkas. Kalau ada mesin pengira speed macam yg dalam game Lee Chong Wei vs Lin Dan tu, boleh kira kot kelajuan aku berlari dari dapur nak ke bilik nak balkoni. Nak berkejar berlari Dani nak itu nak ini, Zara menangis pastu senyap pastu tiba2 nangis balik. Aduhaiii..Tapi sangat puas bila sampai kesudahannya, walaupun akhirnya aku melepek depan tv. Haha.

Baru-baru ni, aku ngan Enady selisih faham sket pasal tak puas hati dalam urusan menjaga anak. Kisahnya, bila anak-anak tido, then dia kuar g mancing. Kuar jam 4 petang. Sebelum Maghrib dia balik lah. Katanya. Sekali dah lepas Isya' lom sampai-sampai lagi. Aku sedia maklum, dia kalau dapat memancing memang lupa anak bini. Serius. Aku selalu makan hati ngan dia kalau bab ni. Dah Maghrib anak-anak semua dah bangun. Luckily, masa aku mandikan Dani, Zara tak menangis. Dah siap2 mandikan Dani dan aku sekali mandi n selesai Maghrib, anak-anak mula cranky. Aku dah msg Enady suh balik. Katanya 10 minit, dah habis 10 minit. 10 minit lagi. Berlarutan sampai sejam. Mau aku tak jadi HIJAU. Mulalah start bermsg msg. Ayat yang buat aku bergenang airmata " Anak-anak pun tak boleh nak handle". Aku tak bls msg tu. Aku diam je. Dalam hati aku berdoa, semoga satu hari nanti dia akan rasa apa yang aku rasa.

Alhamdulillah. Doa aku diperkenankanNya. Pukul 5.30 pagi tadi, Dani terbangun dan dia cakap "dede dede" Maksud dia, dia kencing. Pampers dah melayut. Memang kebiasaannya, Enady yang bangun akan setelkan kalau aku tengah menyusukan Zara. Dah lama-lama tu, Enady masuk bilik then dia tutup pintu. Dani menangis-nangis kat luar bilik. Aku terkejutla. Dan cakap, nape buat anak macam tu? Terus aku amik Dani, bukak baju dia, mandikan dia. siap2kan dia. Then dia dah senyap n minum susu sambil tengok tv. Aku fahamlah, Enady takboleh nak handle lah tu. Aku pulang paku serpih balik. "Haaaa, anak sorang pun tak boleh nak handle kan? Rasa tak macam mana mama rasa hari tu? Mama handle dua orang lagi" Dia diam je.

Bila anak-anak masih kecil lagi, hubungan suami isteri ni memang kena padu dalam menguruskan rumahtangga. Aku faham minat dia. Tapi berpada-padalah. Anak-anak kecik lagi kot. Kalau anak dah besar sikit, lantak pilah nak mancing sampai kul berapa pun. Anak-anak tak reti tak faham apa-apa lagi kot. Yang taunya nak mama n papa ada depan mata. Jenuh aku tipu sunat, cakap papa pegi work. Tapi tak berkesan. Dani tau kot papa dia bukan pegi work. Haha.

Komunikasi sangat penting. Kalau out dua-dua, silap-silap boleh berantakan rumahtangga.

Aku nak citer pasal lain tadi sebenarnya, dah tercerita pulak pasal ni.

Aku dah masuk minggu kedua bekerja. Belum lagi berjaya setel down masa nak pegi kerja dan balik kerja. kalau time cuti, memang tip top. Hari bekerja, masih terkejar-kejar lagi masa tu. Doakan aku akan cepat setel down benda2 ni ok...

Cerita aku kat atas tu, cerita experience aku untuk share ngan korang.. Bukan niat nak aib sesapa ok..

Chill!





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

4 comments:

Hany said...

tabahkan hati ko ana.. haku yg berank sorang ni pon lom tentu terBaek lagi...

mAr@ZiEy said...

Betul kakak..anak da makin bertambah..komunikasi suami isteri kene mantap..erti kata lain..if nak tmbh anak..jgn ukur dr segi kewangan,mental fizikal je tp hubungan suami isteri pn kene ukur jugak..semua segi erti kata lain la..if ade anak sorang pn dok merungut suami selalu tinggalkan isteri,tak layan anak tp nak tmbh anak..kene pikir sedalam yer kot sbb tkut nnti makin teruk..sy pernah alami ape yg akk alami..slow talk suami isteri mmg kene buat tiap2 masa..bru anak2 tak terabai..dan tanggungjawab suami isteri mnjaga anak2 mantap..peace..=)

Aszkey shahruddin said...

Hm..berckp mmg senang kan..klau somi btukar tmpt ngn isteri bru lah tau cmne..rumahtangga n anak2 tggungjwb bersama..

antalya said...

sama la kita.biasa la ana org lelaki ni dorang kurang peka sket.lg satu maybe sbb selama ni kita dah biasakan dorang tu tak membantu kita sgt dlm keje2 umah n jaga ank.so ini la akibatnya.kena selalu n rajin luahkan perasaan kt husband supaya dia faham.gud luck ye.sy ni pon tgh dlm proses gak lg nk beri pengajaran n tunjuk ajar pd suami