Showing posts with label Dutch Lady. Show all posts
Showing posts with label Dutch Lady. Show all posts

Menang Contest Anak Bijak Mak Menang



Alhamdulillah, sangkut jugak satu kod bar tu. Beli pun memang stok untuk susu anak-anak kan, so, sambil2 tu joinlah contest.

Dani n Zara dah slow-slow kurang minum susu... Selalunya sebulan mmg 4 pack sorang. Sekarang dah 2 pack. Tu pun tak habis lagi.. Sejak Dani dah free bottle ni, lega sket aku. Malu kan abang, dah nak masuk 6 tahun minum botol lagi. Takpela, kita belajar minum pakai cawan, Abang mintak je nak susu bila2, mama buatkan dalam cawan ok... So far dah nak masuk 2 minggu.. Alhamdulillah... Actually ada cerita di sebalik dia dah boleh minum cawan ni.. hihi, nanti story lain.. :)

Citer pasal contest ni, hari tu aku ada citer kat sini pasal contest Anak Bijak Mak Menang ni... Sempat lagi kalau korang nak masuk.. Beli susu formula tu, make sure ada kad kat luar... Jangan beli yang xde balut plastik tu... Pastu ikut step kat situ... Kalau finalis, ade la.. :)

Tq Dutch Lady.



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

CONTEST ANAK BIJAK, MAK MENANG

Sape yang anaknya minum Susu Dutch Lady yg curious learn explore create tu korang leh la join contest tu... aku baru beli dua. Susu budak2 ni dh habis tadi...

Takde luck la... hehe.. hadiah dia rm50, rm100, rm150, rm300, rm500, rm1000, rm5000.

Tarikh tutup penyertaan 31 Disember 2015. Lama lagi tu...

Beli susu Dutch Lady 900gram tu, pastu sms la ikut instruction dalam kad tu nanti. Kad tu ada dikepilkan sekali dengan pack susu...

Jom try! :)

Rezeki Dutch Lady

Dani dah tukar susu sejak bulan 6 hari tu rasanya. Dari Anmum kepada Dutch Lady. Saja try sebab nak pilih susu untuk tumbesaran pulak. Reason lain, sebab murah sikit dari Anmum. Anmum 650g saja sudah RM25.90. Susu Dutch Lady, 1 kg baru RM20.99. Sedia maklum, Dani sangat kuat minum susu. Alhamdulillah, Dani boleh terima susu Dutch Lady ni. Kalau jalan-jalan, then susu habis, singgah saja kedai beli air susu kotak Dutch Lady Full Cream tu. Takdelah dia menangis-nangis mencari susu..


Start bulan 8 hari tu pun rasanya ada promotion kat plastik bungkusan Dutch Lady tu. Gores dan menang. Tapi semua yang aku gores semua tak pernah kena. Satu malam, susu Dani habis dan Enady nak transfer susu yang baru dalam tupperware. Aku dah sedap tido. Sekali dia kejut pelan2 bagitau yang dia gores kat plastik tu dan dapat hadiah.

Aku yang mamai masa tu, sempatlah tanya, dapat Ipad tak? Haha... itu yang aku aim kan.

"Tak, dapat baby Einstein ni. Buku pendidikan..."

Dengar je buku pendidikan, terus aku tido balik. Haha! Dasar!

Esok paginya baru aku tengok balik hadiah tu..

Haiii, bertuah la tangan Enady. Sekali je gores terus dapat hadiah.

Lain-lain harinya pulak, tiap kali beli susu Dani, cadangnya aku nak suh dia goreskan lagi, sekali promotion tu dah habis... Susu Dutch Lady yang dijual dah takde pun sticker Gores dan Menang tu walaupun tarikh expired nya adalah 31 Oktober 2011. Penebusan hadiah pula, sampai 15 November 2011.


Plastik-plastik bungkusan yang tak dapat hadiah tu, sila jangan buang ek, kumpul sampai 5 plastik boleh tebus voucher RM5. Dengan syarat, jangan gores dua-dua. Gores satu saja. Tu bagi plastik yang ada sticker gores dam menang tu lah. Kalau yang takde sticker tu pun jangan buang sebab boleh redeem barang kat laman web Dutch Lady. Plastik yang 1 kg - 20 point. Kalau kumpul sampai 350 point, dapatlah voucher KFC RM30. Adala lagi barangan lain...

Dah alang-alang beli sebulan sampai 7-8 bungkus untuk stok susu Dani, kumpul ajelah plastik dia tu kan..untung-untung boleh redeem macam-macam..:)

Terima kasih Dutch Lady..





note: Suka tengok iklan Dutch Lady yang abang dia pujuk adik dia yang nangis2 tu dgn gantung gambar2 papa mama dia kan.. Dani bila dengar iklan tu je terus dia ajuk budak tu menangis.. Haha..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...