Tuesday, November 29, 2016

Iman Warded.

2 minggu lepas, 13 Nov 2016. Aku nekad bawak gak Iman ke Emergency lepas Maghrib tu sebab bunyi nafas dia mcm lain. Tak macam selalu. Kalau dia batuk2 tapi nafas xde bunyi wheezing tu, aku leh ikhtiar lagi sapukan apa untuk kurangkan batuk. Tapi ni dah bunyi, segeralah ke emergency. 

Sampai kat Emergency Hospital Putrajaya, syukur alhamdulillah tak ramai orang sangat tapi still menunggu. Tapi tak lama. Sampai2 je check kat triage tu, Iman terus dibawak ke dalam untuk amik neb. MA kat situ check dulu Iman punya dada, dorang tak bape dengar sangat craps. So, Iman kena refer Doctor. Tak lama pun tunggu, dalam 10 minit camtu. Doctor checked. Kahak banyak. Doctor suh Iman amik neb untuk cairkan kahak. Second time Iman amik neb ni. Masa dia 6 bulan dulu pernah gak amik.



Amik neb cairkan kahak. Lepas tu doctor check semula. Still bunyi lagi. Amik neb untuk kali kedua.. pastu rehat. Doctor check again. still ada bunyi. Neb kali ketiga. dah habis neb, rehat. Then doctor checked. Doctor cakap, craps dia makin teruk. so decide warded kan Iman. Amik darah n buat Xray. 

Result:

Xray - memang nampak ada kabus2 putih kat belah kanan paru2.
Darah - darah putih dia tinggi. 20 ape ntah.. Means ada infection dalam darah. Terus on antibiotic.

Nak tunggu katil pun, amik neb lagi. 5 kali neb satu malam. huhu, sian sangat kat dak kecik tu.

Amik darah lagi la dia menangis2. Trauma dah nampak nurse n doctor. Asal deme lalu atau datang je, Ima terus peluk aku. 

Dapat katil dalam pukul 1 pagi. Mujurla ada Makyang dok sekali, diala tolong tgk2kan budak berdua tu. Dani n Zara. Thank you so much Makyang. 


Iman aktif je sebenarnya, walaupun demam, batuk n selsema. Tak mau dok diam. Doctor cakap, tu adalah sign yang bagus.



Kat wad. Setiap 4 jam kena amik neb. Cairkan kahak.


Di pagi Isnin, Iman dah ceria sikit. Baru lepas mandi. Salur ubat kat tangan tu selalu je dia tarik2.. adoi, Mama yang seriau nak oi. Rupanya wayar je. Ingatkan ada jarum.


Tengok, dia gigit2 benda tu. Nak tido tak bape lena sangat sebab ibu jari dia takleh hisap. Habit dia kalau nak tido.. hehe.. sian baby.


Petang Isnin, Makyang datang melawat. Jantung hati Makyang ni. Suka la dia makyang datang. Tengahari tu pun, koligs datang melawat. Thanks Bos, Puan Haslila, Kak Ijah, Kak Nik, CC Kim. Tq banyak2 mendoakan Iman cepat sembuh.


Haih sayu pulak tengok gambar Iman kena neb ni. Bab neb ni aku bersyukur banyak sebab dia tak meronta2. Cuma dia merintih2 nangis je. Redha dalam tangisan ye Iman. 


Kul 2 pagi hari Selasa tu rupanya, geng Ukhuwah Blogger (UB) aku check in kat katil sebelah. Evyn. Dah pagi tu baru perasan. Aku tak perasan lagi, Yang si Evyn dah perasan tapi dia takut salah orang. Haha, maklumla jarang dapat jumpa. Last jumpa si Ariq baby lagi. Jumpa kat D'Pulze. Ni Ariq dah 2 tahun. Lepas mandikan Iman, ehhhh Evynnn! Hahaha, aku baru perasan. Laaa, dah katil sebelah2 haa.. Anak dia allergic. Ekzema ek org kata. Adela geng aku nyembang kat wad.




Pagi Selasa tu, doctor pakar round n check Iman. Dia terangkanla ape bende virus yang ada dalam badan Iman ni... nama virus tu RSV. Respiratory Syncytial Virus. Korang boleh baca kat sini.. http://drzubaidi.com/blog/jangkitan-respiratory-syncytial-virus-rsv/

Doctor kata lagi,Virus RSV ni common la dihujung2 tahun ni. Disebabkan musim cuaca panas sejuk. Persekitaran pun ye... Tambah-tambah Iman dok kat taska kan. Lagila cepat virus merebak. Doctor bgitau la cara2 pencegahan. Elakkan pegi tempat yang crowded. Mall bagai tu lupakan kejap ye. Pastu Doctor tanya, Ibu mau pulang? Hahaha, ofkos la nak balik doctorr, sakit satu badan tido kat hospital, Iman pun tak selesa baring sebab tak boleh nak berguling2. Tambah dia stress tgk nurse n doctor. Hihi, takut kena cucuk lagi kot.

Tapi sebelum tu, aku tanya doctor. apa pendapat doctor pasal keadaan anak saya ni? Doctor kata, bagi saya, paru2 dia dah ok. Cuma yang ada adalah radang. radang ni kita akan bagi antibiotik untuk baikkan dia. Ibu boleh pantau kat rumah, tapi saya nasihatkan, jangan hantar lagi ke taska untuk sementara ni. Rehatkan dulu kat rumah. 

Baik doctor!

Hihi, happy la dapat balik rumah. Yuhuuu..



Seronok Iman ibu jari dia dah boleh hisap.. yeay! sebab dah bukak tempat masuk ubat tu. Happy juga sebab dapat balik n golek2 kat atas tilam dia. 

Aku amik cuti seminggu untuk jaga Iman. Mujurla cuti banyak lagi di hujung2 tahun ni.

Tq semua yang mendoakan Iman cepat sembuh. 

Sekarang batuk selsema still ada lagi. Aku tambah vaksin pneumococcal tu. Paling murah aku survey kat Poliklinik UKM kat sebelah Bangi Gateway tu. Satu dos RM180. Iman kena tiga kali dos. hujung bulan Dec dan bulan Februari nanti last cucuk. Moga-moga dengan ikhtiar ni, Iman takkan masuk wad dah. Mama tak sanggup lagi tgk Iman kena cucuk bagai tu.

tata.


1 comment:

Zie Azi said...

pneumococal mmg bagus, ada setengah2 org tolak vaksin, yg sakit anak kita, yg susah kita. lbh baik cegah sebelum kena.
ok harga tu, ada setengah tempt lg mahl.