Skip to main content

Trial 3 Hari Hantar Iman Ke Taska Bijak Cerdik

Iman dah booking tempat untuk dia while aku bekerja sama ngan kakak Zara dia. Seawal 2 bulan dalam perut lagi kot, aku dah book taska Iman. So, tiba masanya, ada free trial untuk Iman 3 hari untuk dia serasi ngan taska. 

#Hari Pertama

20hb April ari tu aku hantar. 4 beg ni wajib dibawak hari2. Handbag, beg Zara, beg Iman dan beg susu Iman. Zara bolehla di harap bawak beg dia n Iman sekali.. lega banyak. Tq kakak.. :) Tapi tak boleh berat2.. haha... nanti dia bad mood.. hikhik... pastu bebel2...


 Trial day ni half day je sampai kul 12 tengahari. Lepas hantar Iman Zara, breakfast jap ngan kolig, pastu dah kul 9.30 pagi dah tak tau nak g mane dah... huhu... Termasuk parking Alamanda.. banyak kedai tak bukak lagi.. lepakla jap Roti Boy... jalan-jalan window shopping... dah kul 12 amikla si dua beradik tu...


Begini mukanya bila amik dia tengahari tu... hahaha... lama dia tenung aku... siannya... hihi tapi comel awak buat muka gitu Iman... lagi seronok mama sakat awak...



Aktiviti pertama Iman. Buat kad Hari Ibu... Alololo... sweetnya... :) Tapi babysitter dia cakap, dia tak nak minum susu botol. 1 oz je dia minum.. Terbuang-buang susu mama nak oi... Sedihhh... Kawan-kawan mama support, jangan sedih2... BUdak2 nak start minum botol memang gitu... Lama-lama ok lah nanti. Malam tu mama pujuk2 Iman, cakap-cakap ngan dia... Siang mama pegi work, Iman minum botol ya, balik kerja, mama amik Iman, mama bagi nen... Itu je yang aku ulang-ulang cakap, macam sembang2 la... Iman sengih2 jelah dengar mama dia cakap ape2 ntah... Paham ke tidak ntah... haha...



# Hari Kedua

21 April. Hantar pagi-pagi macam nak g keje tu... Jauh termenung haaa... hihi.. Mengantuk sebenanya tu... Lama-lama tertidur.




Aktiviti kedua kat Taska, main ngan jelly...

Masa nak balik tu, pengasuh citer, barula dia nak minum susu, 2 botol aku bagi, habis licin. Lega mama nak oi... Iman ni dengar n faham kot apa yg aku ckp2 kat dia malam sebelum tu. Dah 3 kali rasanya mcm ni.. first yg aku pujuk2 dia suh dia kuar dr dlm perut tu.. second, pujuk dia jangan nangis dlm carseat, ketiga yg minum susu dlm botol ni.. bagusnya anak mama ni..hehe...


# Hari Ketiga

Setelah 4 hari cuti sebab adik ipar aku kawen, memang berdoala yg dia nak minum botol semula...haha, betul jangkaan aku, dia terkujat2 bila kena minum botol, huhu.. tp lama2 dia minumla habis semua.. 

Aktiviti kat taska, Iman cop stem... nak pos ape tu Iman..=p


Hahaha, aku tengok muka Iman kalau buat aktiviti kat nursery ni, berkerut2 muka dia... hihi.. harap dapat biasakan lah ye baby cayangg... :)




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…