Skip to main content

Menang Galaxy Tab! Alhamdulillah..

First sekali, nak ucapkan berbanyak terima kasih kat uolls semua yang sudi layan ahkak ni suh like sana sini tu...

Berbaloi-baloi uolls tolong like view n share sebab ahkak menang no.3!!

Alhamdulillah... Syukur...At first memang aim yang pegi Bali tu... No.1. Tapi yang menang tu hebat sangat testimoni dia... Pasal buah pinggang bocor sembuh bila amalkan minum Vivix. Ada dulu aku tempek kat sini cerita dia.. Jap..


No.2 pun bagi aku hebat gak testimoni beliau... Pasal sembelit masa pantang... Cerita dia, lupa lak nak buat entry. Nanti-nanti aku buat...

And no.3, kisahnya pasal ibu menyusu... :)

Peringkat pertama menang second place, dapat Water Pitcher Shaklee... Then finalist akan ke peringkat kedua... Peringkat kedua ni la yang hadiah dia lagi gempak...Cara dia pun best gak.. shooting video then video akan diupload dalam Youtube. Like view n share kat Youtube pulak...

ok, tu serba sedikit. Jangan lupa join Supermom Shaklee Story Musim Kedua plak... 

Pada 9 April 2016 yang lalu, finalist2 dijemput menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah ni... Masa ni semua tak tau sape yang menang.. Sehinggalah diumumkan pada hari tersebut. Betul-betul suprise. Juara n naib juara memang awal dah tau sebab view n like dorang jauhhhh meninggalkan finalist lain.. :) Tu pasal aku berdebar-debar, tapi memang berharap aim hadiah no.3 tu... 

Rezeki kan, doa jugak hari2 nak menang tab nak menang tab, Alhamdulillah, akhirnya tab tu berjaya dimiliki...



Hadiah-hadiah... tengokkk tak dapat no 1,2,3 pun still gak dapat hadiah... berbaloi pulak tu... xde yg bawah rm50. Semua atas rm50...:) haaa, cepat2la hantar testimoni Shaklee uolls.


Ni pun best. Sape yang hadir dapat goodies yang merupakan produk Shaklee. Daftar isi borang, then pilih nak apa, yg ada kat atas meja tu, 
1) Pelembut fabrik
2) Dishwash
3) Basic H
4) Herbal Blend Cream

Goodies pun harganya atas RM20. Datang je dapat goodies ni...

Tq Supermom. Best join under Supermom ni. 



Breakfast disediakan. Dah sampai tu, jomlah makan dulu...


Turn aku plak makan. Iman nak berdukung je.


Special order. Anabella Sandwich ada kat situuu... Alhamdulillah semua feedback kate ok. Tak cukup lagi ada... tuan rumah pun xdpt rasa. xpela, next time leh order lagi...:)


Hadiah lagi....


Gambar2 masa hari kejadian. Kredit to team Supermom. Aku amik gambar ni kat FB page Supermom Shaklee Story.. nak tengok yang lain, g terjah sana.






Nyanyi lagi Supermom... semangat betul nyanyi lagu ni... 


Perkongsian daripada puan Nor Faziela. Dia berjaya menjual ESP banyak tong. Xingat berapa tong. Tapi banyakla.. sebab menang kat iReach punya contest.



Ni aku amikkan untuk sorang lagi finalist. Dia dok Penang, xdpt nak turun amik hadiah. So dia wakilkan aku. 



Anabella Sandwich lagi...:)



Untuk cik Nor Ruzanna Hanee. Dapat no berapa xingat. Hadiah dia, Basic H ngan Herbal Blend Cream. Worth RM80. Sape nak bagi kan.. hehe..



Di saat diumumkan pemenang no.3. Berdebar gila time ni sebab happy ke ape ntah... Masa mc umumkan, ok sape xdpt hadiah lagi.. aku dh stat dupdapdupdap... actually aku xfokus sgt masa penyampaian hadiah sebab nak setelkan Zara. Pastu tiba2 nama aku disebut..

Tempat ketiga jatuh kepada...

"Ana Lyana!!!!"

Tudia...impian ahkak jadik kenyataan... doa akak makbul... dapatla sebuah tab yang berharga rm600 plus2. Sape nak bagi kan. Apa2 pun, bersyukurrrr.. Alhamdulillah...


Kena bagi speech sikit... huhu


Tempat kedua, dr Najihah.. dia xdpt datang, makanya kak jiha mewakilkan kak mai yang amikkan hadiah.. tv 32 inch tuuu...


Ok ni dia juaraaa.... tahniah Tinie Badri. Mereka menang pakej percutian ke Bali Indonesia. Tadi tengok kat page Supermom Shaklee Story, dorang dah beli dah tiket n book untuk bermalam. Dorang akan fly pada 29april - 2 May. 


Baby Iman.




Group photo.







With Jiha. Geng blogger n geng adik beradik Chromatic. Masing2 kelek baby. Sama tahun sama bulan. Amna 8 januari, Iman 27januari. 

Akhir sekali , terima kasih yang sangat banyak kpd team Supermom exspecially, mami hadha, dedi mkb, ayu n chet. Uolls jugak yang sudi like like gambar akak selama contest ini berlangsung.

Ok daa...



1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…