Skip to main content

Sebulan Dah Dia

Hureyyyyy...

14 days to go!

Eh!.. Hahaha... Nak citer pasal Iman ke aku ni? 

Baby Iman la... Alhamdulillah... Usianya dah 30 hari, hari ni. Makin sihat, makin membulat, muscle2 nya sedang berlumba-lumba nak menembun, makin luas dah matanya terbukak. Buka luas-luas pun tetap awak yang paling kecik matanya Iman compare to abang n kakak awak. Bulat-bulat awak pun, takleh lawan abang n kakak... Awak version haluih sket. Banyak ikut genetik papa kot ek... Apa=apa jelah, janji awak sihat kan... mama dah bersyukur sangat.

So, pagi tadi gigih mandi awal.., Iman la... Aku memang pagi2 dah mandi. Iman kenala mandi awal sikit ye.. Nak wangi-wangi ni...Nak g jalan ni.. hihi...




Kakak paling excited. Nak g bawak Baby Iman g klinik jumpa doctor ke mama? Asyik itu jelah yang diulang tanya. Sampai mama naik bosan... grrrrr! Last-last aku diam pastu jegil mata je... hahaha... tak larat nak oi... Gigih jugak kakak mandi awal... nak ikut...




Sampai-sampai... Mak aihhh hutannya jalan nak masuk Klinik ni... Klinik Desa Pulau Besar... scaryyyy... SEkali bila dah masuk... wow! dah baruuu... Last bawak Zara check up sebulan 4 tahun lepas dinding klinik papan lagi... Impressed sekejap. aircond plak tu... hehe... kat sini ada gambar klinik lama masa bawak Dani g check up dulu... 

Tulah bestnya ada blog.hehehe, citer lama2 dorang g check up ada lagi... leh refer kat blog je... :)





Bila Zara pegang hp. Ntah bila dia amik gambar ni... Gambar belakang plak tu.. haihh Zara Zara...



Dah setel jab untuk sebulan ni... Sian awak yer dik. Meraung lah sekejap tadi.. sekejap je, pastu bunyi nangis2 cam merajuk2 tu plus cebik2 sikit mulut dia.. Hahaha, so cutelah baby!... Aku peluk-peluk dia, ok dah.. senyap.. Gud girl sayang...




Petangnya kul 2, kena  jumpa doctor untuk review check up sebulan tadi... So far takde apa-apa masalah... Semuanya normal. Jumpa doctor kat Klinik Kesihatan Kampong Gajah. 

Oh ya, result tadi...

Berat baby Iman = 4.2kg

Panjang = 52 cm

Lilitan Kepala = 35 cm

Result mama pulak,

Luka Perineum : ok. Repaired dia tulis. Hahaha...

Hb : 12.2gm

Berat : kurang 10kg dari berat last check up pregnant. sama dengan berat masa bukak buku pink. Yeay... banyak lagi nak kena turun ni... chaiyok2 ana!

Masih fully breastfeed. Moga-moga perjalanan breastfeed kali ni dipermudahkan seperti mana perjalanan aku breastfeed Zara selama 2 tahun lebih dulu...




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…