Skip to main content

Mencemar Duli Ke IKEA Cheras

Ni masa cuti sekolah hujung tahun ari tu la ni.. Ibu ngan Ika datang Putrajaya sebab nak pegi Big Bad Wolf tu... 3 hari kot Ibu ngan Ika lepak sini... Sambil tu, Ibu cakap Ibu nak g IKEA baru tu... Anep pun kebetulan cuti, so, leh bawak Ibu g shopping!...


Sebelum gerak ke IKEA, Anep request nak breakfast kat Warung Bunian... Aku pun book siap2.. Tak book kang, habiss... Buat penat je datang kang...:)

Lepas makan, gerak la kami 2 kereta ke IKEA Cheras nun...

Aku takde shopping ape pun... just amik bantal satu, pastu ntah ape bende merepek2 ntah aku amik... Habis jugak total dalam RM50...


Besar beno IKEA Cheras ni... letih nak tawaf... Seb baik ada macam ala-ala Gazebo ni.. leh dok sini rehat jap.. sebab Ibu Anep n adik2 dah ntah ke mana hilang... Tu Enady dah boring...bukan boring sebenarnya dia dah give up ngan Dani Zara buat perangai.. kikiki... Tunggu lah Baby ni pulak yerp... Sabar separuh daripada iman papa... hiks!

Gambar-gambar seterusnya, adik2 aku je yang sakan bergambar.. aku kadang malas, kadang buat2 muka lah gak kan... aku yang nak bergambo, memang nan hadolahh...


Makyang, Zara n Maksu Ika... sakan korang baring atas tilam tu ye..


Mula dah aksi-aksi gila dorang ni...


Tapi cantik pulak composition dorang amik gambar ni kan...


Aku still membawa perut pada ketika ini...





Hahaha..layan ajela sengak deme ni...



Maksu Ika, Form 5, Makyang, baru habis belajo... Jobless or jobhunter... hahaha... sape2 ade keje kosong, bgtau na... nak suh dia cepat keje, jangan nak enjoy saje.



Dapat gaji leh open table...hihihi... 

sekian, cerita Ikea Cheras. Bila nak pegi lagi ntahlah... aku prefer lagi Ikea Damansara, sana aku dah hafal nak parking mana, nak carik barang sekian2 kat mana... Kena selalu pegi kot IKEA Cheras ni baru la leh hafal tempat2 nya kan...

ok bai.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…