Skip to main content

Pantai Morib

Dari awal ngandung lagi aku dah cakap kat Enady nak g pantai nak g pantai... Kaki ni teringin nak pijak pasir pantai pastu main-main air kat pantai tu kan.. duduk termenung layan sunset dengan angin sepoi2 bahasa... tudung berkibar2... hahaha, syok wooo... Kira macam mengidam gak ke ni? Huhuhu...

Tapi hajat itu tak kesampaian... Nape ntah... bila ada masa free je nak pegi ada je halangannya... Takpela, pospond la dulu nanti2, bila-bila pun leh pegi ye dak... Sobs! *pujuk hati sendiri.

Ni masa cuti yang berderet2 lama ari tu... Time New Year kot... tak balik kampung sebab aku tak larat nak duduk berejam lama dalam kete.. Pastu nak packing2 baju.. tu lah part paling x suka sekali... Dok jelah kat rumah, rehat2.. Ala lagipun, appointment bibik datang bersihkan rumah x boleh nak drag ke minggu minggu depannya... Sebab dorang dh ada schedule sampai hujung tahun... Ari tu ter miss satu hari, xleh ganti dah.. so burn gitu je lah.. rugi-rugi...

New year dok umah, esoknya baru jalan-jalan... 

Jomlah bawak budak-budak ni g pantai... Ada 2 option paling dekat dari Putrajaya... Bagan Lalang, Sepang atau pun Morib... aku decide Morib lah sebab ntah.. hehehe... Pegi jelah, nasib ada orang bawak kan... =p



Anak-anak paling teruja... Sian dorang taktau laut tu apa, pantai tu apa... kehkehkeh... maapkan ler mama n papa yer... Papa la, rajin beno nak bawak g mandi-mandi... Sape yang kenal family aku dah lama, Enady cukupla tak gemor bawak anak-anaknya mandi sungai or pantai... Pegi Air terjun Kemensah ari tu pun aku yang pujuk ok.. Dengan alasan, panasla pa, jomla lepak air terjun sejuk2kan badan... Berjaya! hahaha...



Dani tak nyempat2 nak jugak suh papa dia buatkan lego tu...

Sampai Morib, wahhh meriah... ada eskpo apa ntah... dengan orang main layang2, giant bubble, rollerblade... happening... Dan seronokla anak-anak mengepow papanya beli mainan.. kehkehkeh.. Layan je lah pa... bukan selalu leh lepak pantai ni... Tak dapat pantai yang celup2 kaki pun xpelah papa.. Yang penting anak-anak happy... :)

Dani awal-awal dah pow Enady mine craft... Tu jelah dari dulu favourite dia... Zara tak mintak apa2, tapi sian lak kat dia xdpt apa2 kan, so belikan bubble kecik ni pastu jomlah kita lepak kat benteng ni...


Layan bubble, angin kuat, so takyah tiup... selamat dah mama kat situ.. hihi...



Mama pun join sekali...


Kat sini pun ade orang jual air Gelaihh Besor ni... aku amik gambar macam tu sebab ada contest, dah amik2 gambar semua, pastu lupa nak attach kan ada satu paper yang ada word Gelaihh tu.. alahaiii, rugi2, kalau menang tu RM200 tu... ingat kan paper tu untuk information pasal contest je... Hahaha, Beria pejam-pejam mata...menikmati konon.. kihkihkih


Dah agak-agak boring budak-budak ni, dorang mintak layang-layang pulak... Takdela beli yang mahal-mahal... Beli yang RM2.50 sudah... Haaaa, layan la sampai lebam... First time gak dorang main layang-layang ni.. siann... huhu, dulu2 mama buat sendiri je, siap amik benang ibu tanpa kebenaran lagi, dah kena marah... =p




Dah boring lagi, mama la yang jadik tukang pegang layang-layang...


Dah puas duduk, jomla kita jalan-jalan...





Anak manja papa... Eh dua-dua anak manja papa... hihi


34 minggu kot time ni... Gigih lagi pakai seluar... Muattt maka kite pakai saje la... :)


Sekian, cerita Pantai Morib... Nanti kita g pantai lain pulak yer papa, yang macam mama bayangkan kat atas tu tadi... hikhikhik...




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…