Skip to main content

Dating ngan Fish + Selamat Bertunang Adik Siti & Anep + Happy Birthday Irine Adriana

3 perkara dalam satu entry.

Tq N, di atas jemputan. Actually ada 2 jemputan bufday pada hari yang sama tu. N n Pja. Pja i'm so sorry tak dapat datang ke umah mu. Ada halangan yang tak dapat nak dielakkan. Kalau Ady balik awal hari tu, boleh aku terjah umah ko sekali... Ampun maaf ye, jangan serik invite lagi.. :)

Kul 10 kitorang kuar breakfast. Dah selesai, pusing2 la jap kat Taman Jejak Sisiran kat Presint 1 tu, belakang JPM, nak bagi ikan makan... Dah lama tak lepak sini...



Masa nak balik tu, ada satu kereta ni, auto. Baby dia tiba-tiba menjerit, ibu dia terkejut lalu tertekan minyak. Langgar la tembok parking kat situ. Teruk jugak, habis radiator pecah, bumper depan kemik. Memang takleh jalan langsung kete tu. Sian sementara tunggu towing, ada baby 5 bulan. So, kami tolong la baby tu letak dalam kete ada aircond kan... Tengah panas terik masa tu. Dalam kul 12 camtu...


Sementara tunggu towing, sempat la budak-budak ni main ngan baby aishah tu... Ya Allah, berebut2 masing nak konker baby Aishah.. Aku terbayang dah nanti cemane adik baby dorang ni keluar... Siap bergaduh2 la deme dua orang tu. Dani siap marah aku, "baby mama lambat sangat keluar, Dani nak baby ni.."

Amboi ko nak... hahaha...


Baby Aishah memang comel pun. Geram tul aku tengok... rasa nak picit2 pipi dia... Zara pun sama haa... hehe...Zara memang pencinta baby pun...

Setelkan semua tu buat laporan polis bagai... dalam kul 3 petang gak setel semua dan kami balik rumah.. Fuhhh... 

Memang tak sempat nak g umah Pja. Sebab nak g Presint 9 dulu, adik member bertunang. pastu nak pas barang sekali... Selamat bertunang adik Anep n Siti.. Cantik pasangan tunang hari tu. tak dan nak amik gambar.. Amik gambar kat pelamin je lah.. :)



Kul 6 petang baru sampai umah N... 



Sampai-sampai je, nampak Mid tengah lepak kat luar rumah... selfie sket ngan Midahh.. =p


Gambar ni cilok dari whatsapp Mid... Ann dah balik masa aku sampai...


Lepak kat luar lagi best.. aku ngadap desert n kek je sampai2... kat dalam ada lagi makanan berat, Laksa JOhor, Bakso, Mihun Sup dan lain-lain... Sebab aku dah makan nasik Kelantan sedap kat umah adik siti tu tadi, penuh dah perut... Suap budak-budak ni je la makan mee bakso...

Yang paling best kek rainbow, brownies n creampuff, puding roti, buah2 tu... Nyumssss... Siap N tapaukan bawak balik...


Happy birthday Irine Adriana... Aunty jatuh cinta la ngan sore kamu.. lembutnyaaa alahaiii.... Aku dengar dia panggil Atuk... Phewwww.. Cayor mak! :) Atuk dia pun cakap, nak marah x jadik marah bila dengar dia panggil Atuk.. hihi.. Cucu kesayangan atuk ni yer... :)



Eshannn!!! Ngan awak ni pun aunty geram tau...Putih melepak Mid oi... Ko terkenan Jhyo lah ni ek... =p Dahla nak je ngan orang.. tak takut pun... Bila nak jumpa lagi Eshan.... Cakap kat umi awak tu, jom bawak saya jumpa aunty ana umi.. :)


Eshan n kakak dia, Dada... Dah besar dah Dada ni... yelah, dah jadik kakak kan.. :)


And last, Tuan rumah ngan Ann.. Cilok kat whatsapp gak gambar ni.. :)

Tq again N di atas jemputan...  Siap tapau laksa Johor, bakso n bihun sup lagi.. Tq Tq very much.. :)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…