Skip to main content

32 minggu

Jarang sangat bercerita pasal kandungan no.3 ni kat sini kan...Sekejap je rasa dah 32 minggu. Bermakna dah 8 bulan. Gedebuk gedebak tinggal sebulan lebih je lagi sebelum adik baby keluar. Tiba-tiba rasa tak sabar dah nak bersalin.. Hehehe, tak larat nak usung perut sana sini di musim cuti sekolah ni. Rasa tak selesa sangat dah, asyik nak terkucil je. Sian anak-anak takleh nak berjalan jauh  n lama sangat.. G taman ari tu pun, tak tahan panas dah aku ni.. asyik ajak balik je... Bertahan la ye anak-anak, lagi 2 bulan mama bagi korang hadiah.. haha...





Kelmarin check up 32 minggu. Berat ternaik plak extra 0.4 kg dari yang sepatutnya... patut kena naik sekilo je 2 minggu. Apakan daya, selera dah mula kembali. Tapi still makan light tapi banyak kali ngulangnye.. mane la nak tak naik banyak kan...

HB alhamdulillah, setelah 2 3 minggu below 11 je... kali ni naik sikit...syukurr..

Urine plak trace sikit. Esoknya kena repeat urine je.. Alhamdulillah gak takde apa.. urine kembali normal. Kurang minum air masak aku ni... Yelah, asyik la nampak bantal je kalau dah sampai rumah... huhu...

Lain-lain, kepala baby dah enggaged kat bawah, Thats y aku selalu rasa dia gerak-gerak kat atas je.. belah kiri je plak tu... Seronok dia bergolek-golek... :)
Gender still taktau... But awal-awal scan dulu masa 5 bulan doctor nampak macam girl. Tapi doctor pun tak confirmkan lagi masa tu sebab kecik lagi. So, sampai sekarang taktau gender baby ni apa... Macam nak biar je supriseeee kan, tapi hati tu melonjak2 nak tau, sebab nak prepare kuarkan baju baby time Zara atau Dani... Biarla dulu... Kalau nak shopping pun, beli kaler putih2 je dulu... Lom beli lagi baju baru untuk baby, bila ntah pegi... sobs sobs sobss... Yang lain dah beli dah, tinggal minyak untuk urut2 baby ngan baju newborn je...

Sekarang ni tengah fikir, macam mana nak handle anak2 ni nanti kot2 la aku terbersalin awal... Masa Zara, ibu datang... nak dekat seminggu gak ibu tunggu aku bersalin... sampai ibu boring dh dok umah atas... hehehe... Tuptup ibu ayah balik je, esoknya aku bersalin... hihi... Kali ni taktau nak jangka... Redah ajelah nanti ye dak... Bukan xde pengalaman, anak nak masuk 3 dah kan... :)

ok see ya!

Hari ni cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor... 



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…