Skip to main content

Dapat Tiket Kidzania Free

First of all, Tq Majalah Glam kerana menaja tiket kami masuk Kidzania... 


Dan tiket pun sampai... dapat 3 tiket, makanya 1 tiket kena la beli sendiri. Untuk dewasa RM38.++ sahaja.


Ni cerita bulan July ari tu sebenarnya.. hehe, maafla entry cabuk. Banyak kali draft pastu lupa.. sebab gambar banyak... Balik je dari cuti beraya tu, next weeknya xde plan ke mana-mana, Enady punya idea, jom la pegi Kidzania... BUdak-budak ni tak tau ape benda tu. Cuma leh cerita tempat abang n kakak nak merasa jadik bomba, polis, doktor... Oooo je lah deme tu... 


Kidzania ni ada dua slot. satu belah pagi, satu belah petang. Pagi kul 10. Petang dalam kul 2 rasanya. Selepas pukul 6 dah tak boleh masuk. Kitorang decide nak pegi yang belah pagi. Dapat la lama sikit kan. Pagi-pagi dah siap2kan budak2 ni. And plan nak breakfast kat IKEA. Nak makan meatball dia yang lazat tu.. :)


Setel breakfast, jom la kita jelajah Kidzania ni... Anak-anak seronok sangat sebab bila masuk je ada kaunter tiket naik aeroplane ni kan.. Riuh mulut masing-masing bertanya.. Mama kita nak naik aeroplane ke mama.. hiks!



Redeem tiket then pakai gelang. Hari Sabtu pagi, tak ramai orang. Tunggu petang nanti, ramai dah.







Gambar tak berapa cantik sebab pakai kamera hp je... Teringinnnya ipong... Gambar cantikk... Yeayyy dah dapat pas masuk, jom kita!



Ni kat imigresen. Konon-kononla...


Pastu dapat duit. kena amik duit kat CIMB Bank.


Dapatla RM50 sorang.

Buruh Binaan


Terpusing-pusing gak kitorang, sebab first time kan. Mana nak masuk dulu ni. Sekali tengok kat construction ni xde orang. JOm la kita main sini dulu. Tengok syarat umur, ok lepas. Oh ya, setiap tempat ada syarat had umur ya... so kena rajin2 tengok kat board tempat tu.


Jadik buruh binaan jap yer.. Hihi... Masuk sini kiranya dorang bekerja. So lepas buat keje, dorang akan dapat duit... Yeayyy!


Susun batu bata.



Kami mak pak, duduk la kat luar.. ade la dalam 15 minit gak...


Dentist

Sementara nak tunggu naik bomba tu, budak2 Kidzania suggest g masuk kat dentist ni...




Cabut gigi.. hahaha.. aku tengok muka Dani ngan Zara dah cuak dah.. Si Zara takuttt tengok patung orang tu...


Acah-acah berani je tu... Wow kakak jadik doctor gigi la... yeay!


Tengok sekali, macam orang betul dah.. hikhik...


Fireman


OK tunggu time nak jadik bomba plak...


Penat je Zara beratur, sekali umur dia tak layak.. hihihi, baru mama ko nak selit je kakak, sekali dorang check kat jam yang kita pakai tu... Zara tak lepas... Habis dah bad mood dia...


Si abang selamat dah masuk dengar briefing Bomba tu....



Zara dah muka ketat, maka aku ajakla dia pegi sini... lukis2 kat muka tu... sekor butterfly ni RM5. Duit Ringgit Malaysia ya, bukan duit Kidzania.








Dan macam biasa la, Dani tengok adik dia ada butterfly tu, dia pun mane boleh takde kan... Oh ya, Dani jadik bomba dikira bekerja, dapat duit lagi.. yeayyy!


Salloon 



Then bawak Zara masuk salloon ni...

 
Yang ni kena bayar la sebab bukan bekerja... Budak chinese yang makeup kan Zara tu dia dapat duit sebab dia bekerja...


Last touch up dari Staff Kidzania.

Shopping Groceries

Then, kita g sini plak... shopping barang dapur timee!!! Hehe.. suka la dorang, dah macam mama n papa kan...

Kena amik barang apa yang staff kidzania tentukan dah... tunjuk gambar, then dorang carik la kat shop tu. Takleh amik barang sesuka hati yer... Hahaha, yang si Dani n Zara nak hambekk semua brg2 tu... mana bolehhh... =p




jom bayar.


Dani nak tolak troli tu sampai luar.. Hahaha.. kelakar la korang ni... Yelah jumpa troli kecik2 kan. sebelum2 ni semua troli besar2 je pakej siap korang masuk dalam tu lagi... 



Enady dah boring... hihi..

POLICE STATION

Zara tak lepas nak masuk sini. So, bagi abang je. Nampak tak gambar kat bawah tu, dia mengamuk tengok abang dia jadik polis.



Dia paling kecik pon.. hahaha..


Ronda la satu Kidzania tu masin pusing2 bawak kon tu... =p

TEATER

Lepas tu bawak dorang bertenang jap, tengok teater. Ala-ala The Little Red Riding Hood.


Mencanting Batik

Yang ni jugak Zara tak lepas nak masuk... huhu poor Zara...

Abang je dapat mencanting batik...



Mujur kat tepi tu ada play area yang macam kat Kidzoona tu...

Seeee, tempat-tempat macam ni jugak yang deme berdua ni seronok nak main...





Lepak sikit dalam ni, sementara aku n Enady gilir2 g toilet n surau.

Dah nak balik tu, staff Kidzania ni ajak join buat persembahan... Dani Zara kena pakai la costume dorang. Masa aku pergi tu kan time raya.. So, tema dorang adalah raya..




Muka letih tu sebenarnya...hahaha, kena paksa senyum.



Dorang buat persembahan kat atas ni... Tak nampak plak deme kat mana... Menari2 la kat atas ikut lagu raya...

Creative With Stabilo

Dah berkira-kira nak balik, sekali ternampak tempat ni... Dua-dua leh masuk... Buat art.



Buat teropong kalau tak silap.

Marrybrown

On the way nak balik, ternampak plak kat sini.. hihi... Buat burger sendiri.


Dengar briefing dari staff Marrybrown.




Zara peserta paling kecik.. hehe..


Jom buat burgerr!



At last, makan sendiri burger yang dorang buat tu... hahaha, jadikla perut kenyang sekejap.


Duit kidzania ada lagi kat kat tangan... Bila dikira-kira, dapat la sorang satu dinosour kecik. kira shopping kat kedai la...


Parents takleh masuk. Kena biarkan dorang carik barang tu sendiri. n bayar sendiri. Bayar pakai duit Kidzania tu la...


Akhirnya, aku masuk jap kat IKEA nak carik kerusi kecik n bantal... Tak lama pun, tengok-tengok deme dah terlena dalam troli... hahaha


Penat sangat lah tu.

Sekian, entry Kidzania. Thanks again to Glam... kalau tak dapat tiket ni, lambattt lagi la nak bawak dorang g sini. Sebab harga tiket boleh tahan jugak... Untuk kanak-kanak dalam RM68.++ Sorang yer.

Habis jugak aku draft entry ni... :D

1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…