Monday, October 19, 2015

Zoo Melaka & Night Safari

Beberapa minggu lepas la... sebelum cuti raya Haji ari tu. 19 ngan 20hb September 2015. Haaa, dah sebulan dah berlalu.. hehe.. busy busy...

Plan nak g jalan2 Melaka ni adhoc je. Tiba-tiba je ting! jom jalan Melaka Ma... Enady punya usul. Tido la satu hari... alah apa barang pa oi, Melaka dekat je.. balik hari pun boleh... Dalam hati je lah aku berkata-kata.. hahaha.. aku ok kan je. Janji duit ada kan... Takde duit lebih, dok diam2 kat umah. =p

Disebabkan xde rushing pun, so makan-makan dulu kat Warung Bunian hari Sabtu tu.. Pastu dalam kul 10 lebih baru gerak ke Melaka.

Plan pertama, nak g Zoo Melaka. Panas merembang atas kepala, ko nak masuk Zoo.. hahaha.. ape ade hal. Nasib baik Zoo tu redup je.. banyak pokok2.

Tiket dewasa rakyat Malaysia RM17.++, aku tak ingat dah berapa. Kanak-kanak atas 3 tahun baru dia caj. So, Dani jelah kena... RM14.++ kot. Ade amik gambar harga tiket tu... tapi kat hp Enady plak...


Disebabkan taktau keluasan Zoo tu besar mana.. ada pulak disediakan tramp kan, Maka jom lah naik tramp. Satu family aku tu RM10. Dewasa RM3, Kanak-kanak RM2.


Tapi kalau ada kudrat nak jalan n dah tau Zoo Melaka tu besar mana, silakan la jalan kaki.. redup pun redup... Sebab tak bape puas naik tramp.. kesian budak2 ni, tak dapat tgk binatang2 tu lama-lama...








Dah habis pusing dah... Sekejap je.. ade la dalam 20 minit kot.



Disebabkan tak bape puas nak tengok binatang-binatang tu, Jomlah kita round kat Safari plak... masuk sini free...


Tak banyak binatang yang ada...



Fuhhh, letih gak berjalan naik bukit sikit...




Rusa.


Kuda Belang.





Dah habis jalan kat Safari... ada bird show lah...














Best gakla show dia... Terhibur budak2 ni... Yang aku ngan Enady kekaguman tengok burung2 tu menurut kata je... Elok je patuh arahan...



Zara takut ngan bangau tu... Risau kena patuk.



Sesapa nak bergambar ngan burung2 ni, kena la bayar RM5. Disebabkan Zara tak berani, so aku ngan Dani je yang bergambar.. Dani berani je burung tu bertenggek atas bahu dia.. hahaha...



Tiba-tiba Zara datang.. Eh! Dah berani? Hahahaha... Acah-acah je tu.


Lepak jap kat playground.


Burung kakak tua kat belakang tu tak bergerak-gerak ok. Tapi hidup... dari aku masuk Zoo, sampai la dah nak balik.. tetap maintain situ.. pelik pelik pelik.. =p


Sekitar jam 2 lebih, misi mencarik Hotel. Pegila 2-3 hotel, tapi full.. at last ade gak kosong kat Hotel Orkid ni. Dekat ngan Taman Rempah tu. Sebabnya, malam tu plan nak naik Melaka Cruise.

Rate hotel RM120 per night. Oklah kan, asalkan boleh tido, mandi, solat dan lain-lain.


Next : Melaka River Cruise. :)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

2 comments:

Tengku Fauziana said...

aku rasa melaka ni pergi berapa kali pon tak boring..
aku pon suka je short holiday semalam kt melaka..

Nadiah Suhaidi said...

anak-anak pasti seronok kan bejalan-jalan di zoo !