Skip to main content

No.3 is coming.. :)

First of all, Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT sebab mengizinkan aku pregnant anak ke-3... :)



Tak ramai yang tau pada mulanya kecuali family n kawan2 terdekat, Bos n kolig of cos. Bukan sebab tak excited tapi lebih kepada privasi... Lagi pun masa tu aku tak pegi klinik untuk sahkan pun. Just buat upt sendiri. Seawal 5 minggu aku dah check n dapat tau aku pregnant again. Tu pun sebab nak pegi kursus team building kat Trolak bulan 5 ari tu... 

Nama pun team building kan... Harusla ada aktiviti lasak-lasak gitu... Tapi aku harung je... Sebab dah lama tak buat aktiviti lasak. Masa tu tawakal je, kalau ada rezeki, adalah kamu wahai anak... Lasak tak lasak mana pun, main rakit je.. hehe...

Then alhamdulillah survive juga anak ini sehingga minggu ke 16 baru aku g buat buku... Apa lagi, dari nurse kat pendaftaran, nurse masa check perut, doctor untuk scan semua lah bebel2 sebab aku buat buku lambat... Hihi.. Maafkan saya yer nurse2 n doctor. Sian baby, nampak nau mama tak excited nak jumpa kamu yer... Bukan bukan bukannn... Sebab mama busy dengan training yang berderet2... Bukan sengaja...

Tau dah, prosedur nak bukak buku memang lama bagi aku yang bermasalah sikit ni. Susah nak jumpa urat darah... hehehe... Dari anak first lagi macam tu. Salur darah kecik. First day datang nak buat buku, sampai pukul 12 kot tak dapat2 nak amik darah aku. Pastu buat appointment lain. Masa hari second nak amik darah tu, sister tu pun merungut la susahnya nak amik darah awak ni... Darah taknak keluar.. Sampai terpercik2 ok.. Bayangkan. Habis darah yang kus kus semangat nak keluar tu terbuang begitu saja... Dah dapat amik tapi sikit je la, sister kata, jadiklah ni.. At last, result reject. haiiihh rugi lagi kat situ.

Ada tak vitamin yang nak besarkan salur darah yang kecik ni? =p

Sampai pukul 1 lebih masa appointment bukak buku tu sahaja yer... huhu...


Akhirnya, terbukak jugak buku untuk adik baby yang no.3 ni...Awal-awal dah kaler hijau... Berisiko.


Aku tunjuk kat Zara gambar scan baby tu... Punyalah dia excited... Mulut tak benti cakap dan bertanya.. "Mama, ni perut dia yer mama? Mama mama ni kaki dia.. tangan dia.. bla bla bla bla..." Excited nak dapat adik yer kakak Zara... Zara memang nampakla seronok nya dia.. Dani masa aku bgtau mula2 tu macam ada konflik sikit.... Bila aku cakap dalam perut mama ni ada adik, dia geleng2 kepala pastu cakap.. ' bukan la.. ni la adik.." Dia tunjuk kat Zara...

And now dah 26 minggu. Dia dah boleh terima dah ada baby dalam perut aku ni sebab dia nampak perut aku buncit n dia dapat rasa ari tu masa baby gerak... Hehehe, abang abang... Tak rela berkongsi kasih lagi ek.. jangan risau, mama n papa sayang semua anak2 mama...ok?

Doakan aku dipermudahkan bersalin nanti... So far, keadaan baby n mama baby ni baik2 saja... Mabuk jugak masa mula2 ari tu... Bulan puasa langsung aku x dapat masak. Masuk dapur pun x lalu... Berat turun hampir 10 kg. Now gain dah sikit2.. hahaha.. tapi tak macam mengandungkan Dani n Zara dulu, makan sesedap rasa je.. belasah selagi boleh makan, aku makan.. Tapi kali ni ntah.. lain macam sikit. Sehingga sekarang, lauk berlemak2 berkari2, bergoreng2... exspecially yg ada bau bawang putih kuat... euwww, tak berapa sangatlah lalu ditelan. Kalau paksa, konfem kuar balik. Susu lagi lah... No no no... 

Mujur ada Ostematrix Shaklee kan, atleast dapat gak sumber kalsium dari situ... Senang, takyah bancuh2 minum.. Telan je 4 bijik sebelum tido. setel.

Dah nak masuk 7 bulan ni baru naik 3 kilo.. hehehe... Ada harapan kan boleh kurus sampai sebelum kawen dulu2... weeeee! Takpe takpe... berangan dulu.. plus usaha.

Oh ya, for the first time juga, aku mengandung no.3 ni, set hamil Shaklee lah yang menjadi pilihan... Vitalea, B Complex, Vitamin C, Omega dan Ostematrix. Kata jual Shaklee kan... hehehe...

At 26 weeks


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…