Skip to main content

Genting Highlands + Mini Cameron Highlands

Ni alkisah entah bila ntah.. hehe.. Tak ingat lah.

Tapi yang pasti masa ni balik kampung Pahang, abah masuk wad sebab tekanan darah tinggi. Dah setel hal-hal kat kampung, so Ahad rasanya pulang lah ke tempat mencarik rezeki. Macam biasa unplan. Sebab kalau plan mesti tak jadi. Dah alang-alang lalu kat highway Karak tu kan.. jom lah singgah jap Genting. tak pernah lagi bawak En Waja gagah perkasa tu naik Genting. Hahaha, sayang kereta punya pasal Enady kata. Kebetulan kereta baru servis ari raya ari tu, so condition nya ok lah kot. 

Berjaya sampai atas hahahha.. tapi banyak gak dah berubah nya... sesat barat. tapi redah je lah.




Kitorang xde cadang nak main game pun.. saja jalan-jalan amik angin.. tu yang naik kat paling atas sekali...


Untungla bebudak ni, datang time berkabus. So dorang sangat excited. Dulu mama pegi taklah berkabus macam ni tau. Dani dah jerit-jerit dah.. Wahhhh, macam aircond bilik nenek la mama! Hahaha...






Kejap je lepak kat atas tu seba tiba-tiba hujan.. patutla sejuk semacam... baru nak makan durian genting. =p


Escalator curam.



Masa on the way turun dari Genting tu, terjumpa plak Mini Cameon Highlands kat tepi jalan tu. Apalagi, singgah lah.. :)


Masa ni lom pegi lagi Cameron Highlands ari tu... So saje bagi dorang peluang petik strawberi.



Bukan budak-budak je teruja... mama budak pun teruja.. Hahaha, kate first time jugak.. kesiann...




Pastu singgah jap kat ladang salad ni.. Tak beli pun.. bergambar je lebih...





Masuk sini free je.. kecuali yang nak petik strawberi tu kena bayar la RM8 untuk berapa gram ntah .... tapi berbaloi la.. petik n terus bawak balik strawberi tu...



Beli strawberi je.. hahaha... ok dah. itu saja cerita Genting Highlands. tunggu la genting dah siap semua, baru kita pegi lagi okey..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…