Wednesday, May 6, 2015

Dik... Mengucap Dik...

Tengah breakfast depan pc akibat kerja boleh tahan banyaknya.

Blogwalking sambil-sambil tu...

Terklik sini...


http://ondscene.my/kemalangan/dik-mengucap-dik


Baca dulu sampai habis....






































Tik tik tik tik airmata jatuh.


"Beberapa hari lalu juga, anaknya pernah merajuk dengan menyatakan, tiada orang yang sayang padanya" Luahan Ibu Arwah menceritakan tentang arwah.

Ayat ni yang buat aku sebak dan teringat kat Dani.


Rasa nak pegi sekolah Dani sekarang jugak nak peluk dia... Pagi tadi dia salam macam biasa je no peluk2 tapi perasan mata dia macam mengharapkan aku peluk dia... Tapi aku kentalkan hati tak peluk sebab dia ada buat salah malam tadi. 

Terkencing atas tilam.

Walhal sebelum tu, aku dah pesan sebelum tido.. dah ajak sekali dah masa adik dia buang air... G kencing abang sebelum tido. Dia jawab taknak...

Oklah, sebab selalu pun memang tiap kali sebelum tido aku ajak buang air, dia taknak n takde kebocoran pun sepanjang malam.

Tapi pagi tadi lain pulak ceritanya...

Oh ya, dia minum 3-4 botol 8oz susu coklat strawberi. Lupa.

Yang buat aku geram pagi2 tadi sebab aku suh berkali2 bukak seluar baju n mandi, dia boleh lagi relax-relax baring kaki silang atas lutut sambil goyang2... Mau tak hangen sebab pagi2 aku busy nak siapkan dorang pegi sekolah, nak g keje... Membebel-bebel aku pagi tadi... Grrrrrrr...

Tu yang aku tak peluk dia pagi tadi... dan sekarang rasa sangat bersalah. Bukan. Sebenarnya aku taknak rasa terkilan andaikata ...........*sambung sendiri, xdapat peluk dia. #ajalmautkitataktau

Maafkan mama sayang... Lain kali dengar cakap mama okay.

Moralnya, peluklah anak sentiasa...

Geng Kacik Jauh : Dani & Mika, bila nak jumpa lagi.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

2 comments:

nanonano said...

oooo mak danial yg pkai gincuuu tuuu... kehkehhh

aku baru ni isnin ingt nkg lepak dpuzle cyberjaya tu ajak ko bwk anak2 main dlm playground sana,
tp petang tu cuaca mendung je,
xjadi ah, nanti eh next time dani, mika ingt je awk :)

antalya said...

everyday mmg aku akan peluk cium anak2 masa hantar kt dpn pintu tadika. sbb dh biasa wat so kalo tak buat akan rasa tak lengkap je. sanggup patah balik pegi peluk tau.