Skip to main content

First Time Teman Dia

Jujur sejujur jujurnya aku tak minat memancing... Tambah-tambah kalau melangut tunggu lama... ERghhh! lotih la kepala otak... Banyak lagi keja lain yang boleh dibuat selain dari melangut tu.. Ok tu just my 2cent... jgn marah aaaa.. semua org ada persepsi masing2...

Dah 5 tahun kahwin ni pun tak pernah langsung aku teman Enady pegi memancing walaupun pernah dulu kolam mancing tu depan rumah je...

Eh, pernah la... Tapi tu lain situasi.. ala-ala picnic gitu...ngan anak2 n adik, adik ipar, anak buah... 

Kali ni berdua saje. Memang semata-mata teman... Ate anak-anak kan kat kampung... Macam mana ntah Enady leh terajak aku g mancing...

"Ma, nanti teman ma gi mancing nak?"

Aaa... aaaa...aaa..aaa.. ok...

Hahaha... tu sedang berfikir tu nak bagi alasan apa untuk taknak ikut... 

Kahkahkah...



Memandangkan aku tak de apa nak buat kat rumah, maka aku jadikla teman kan dia g memancing... 

Hahaha sebelum pegi tu macam2 tu aku tanya dia...

"Pa, ade plug tak nak cucuk kabel laptop...?"
Hikhikhik... Kang boring kang...

Sudahnya dia tak bagi aku bawak laptop... bawak novel je, beli paper, beli jajan sket... bawak bekal nasi goreng dr rumah je...kitorang g mancing kat Kolam Desa Pinggiran Putra. Tempat favourite dia kalau mancing kolam...



Umpan dia dah buat siap2 kat rumah... So, sampai kat kolam tu, pasangkan kat kail tu, campak masuk dalam kolam, dahhh relax... eh, melangut.... =p =p

Aku macam....

errrr, cam tu je?



Pastu sembang2 la kami laki bini 4 jam tu...  berhujan berpanas... mengantuk.. erghhhh semua ada la... Tapi disebabkan sayang laki punya pasal kan... keranamu apa jua kuturutkan... ewaahhh.. Hahahaha...

Balas la balik sebab dia dah bagi pegi IKEA berjimba ngan kawan2 tu kan... Fair n square!




Sejam terakhir hujannn lebattt selebat lebatnya... Takut aku bunyi guruh n petir mcm dekat je ngan telinga ni...

Orang sebelah dapat ikan besoooo.. Ikan patin kot... Kitorang usha je mamat sebelah tu.. huh! dah banyak kot dia dpt ikan...

Tapi Enady cool kan aku..

''Dalam mancing ni ma, tu semua rezeki, ma.. Sabar tak sabar je nak hadap"

Betul jugakkk kata dia tu, Orang yang suka mancing ni mesti penyabar orangnya... Aku tak penyabar, tu pasal asyik la dok ckap, Pa... mane ikan ni? hahaha...

Enady memang penyabar orangnya. Layan anak2 yang super tantrum pun tenang je layan... Bini meroyan pun sabar je dia... ahaks! *dah puji ni, tak reti2?hahaha*




Jeles je tengok ikan beso deme tu... berlagak la tu jeling2 ai yang kat sebelah ni... =p

Tak baik ko ana buruk sangka...kihkihkih...


Then... ntah kenape.. aku termenung je tengok joran Enady tu...
Sekali bergoyang-goyang ko...

"Hah! papa papa cepat ade ikan makan tu"

Enady relax je... dia pun tengok joran dia... dah diam jorannya... maksudnya dia tak nampakla masa joran tu bergerak2..aku je nampak...

Boleh tak dia buat taktau.. Mane ade ma.. mama ni kelamkabutkan papa je...

Ek elehhhhh..... perlekeh kite plak lan..=p



Aku nampak tali tu joran kendur,

Pa, ade ikan la pa, tu nampak tu, tali joran kendur...

Enady apa lagi... tarikla joran dia...
Waaaa, betulla mama... ikan ikan..

Tulah, tak pecaya lagi kata2 isteri ni... *merajuk*



Ni ada video nya.. sempat la aku record... Betapa terujanya aku.. hahaha...


video



Yeayy dapat gak ikan di saat kita kemas nak balik tu... Alhamdulillah rezeki hari ini... Ikan rohu namanya...


Besar gak kan.. Syabas sayang! wakakaka, Tau tau... papa sebenarnya nak tunjuk yang papa hebat dalam memancing kan... tu pasal ajak ma kan...i know u papa... hahaha.. lariksss...


Enady kata, kalau dia sorang mancing ari tu, dia stay lagi.. sebab ikan dah start makan umpan..
Maybe ikan lapar lepas hujan kan... 
Tak lama kitorang dpat ikan, org belah sana dapat ikan, orang belh tepi dapat jugak...
huwaaaa, jom la balik papa... x larat dah nak tunggu...
"Oklah, jom balik yer..."



Singgah ngeteh dulu kat Teja Presint 9 sebelum balik rumah...Masa ni ramainyaaaaaaaaa manusia pakai jersi Harimau Malaya... Macam kitorang je yg tak pakai.. segan plak..haha..


Ikan yang disiang... 

Dah berfikir2 dan goreng jelah ikan ni.. Ikan hanyior kalau masak gulai, erkkk, takleh masuk la... 

Sekali, Enady kata xyah masak la ikan tu... sebaba papa bukannya makan pun ikan ni. 

Boleh? Pfttttttt!

Kalau kutahu, xdela aku siang beria ikan tu... sedekah jela bagi orang kan... Ade lagi dlm freeze tu, sape nak roger keh.. :)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…