Demi mengekalkan keseronokan asal membaca Konflik Palestin-Israel untuk Dummies ini maka kami copy paste saja penulisan Mr Gabbana ini. Enjoy!
Sekarang ni sedang kecoh dan meriah hapdet-hadpet di MukaBuku, Pengicau, belog-belog dan pelbagai lagi saluran media elektronik tentang konflik yang sedang berlaku di Palestin. Di Gaza, jika mahu lebih spesifik.
Jujur kata, berdasarkan pemerhatian saya, ramai yang tidak benar-benar faham krisis yang sedang berlaku ini. Malah tidak hairan kalau ada yang pertama kali mendengar perkataan ‘Gaza’, ‘Hamas’ dan sebagainya.
“Hamas..? Pekebenda tu..? Jenama susu tepung ke..?”
Tersedak.
Untuk memahami krisis antara Israel haram dan Palestin, amat penting untuk anda mengetahui sejarah di sebalik konflik ini. Anda perlu faham yang konflik ini sudah berusia ribuan tahun (“Hah?? Ye ke Inche gabbana? Gua ingat baru start tahun baru Hijrah hari tu!” Lap Peluh.), sejak zaman para Anbiya’ dahulu kala. Maka ia adalah suatu konflik yang cukup kompleks, yang tidak mungkin dapat diselesaikan dalam masa satu hari atau di meja rundingan sambil menikmati jus oren dan kudapan muruku kacang semata-mata. Eh.
Sayugia amat penting untuk anda membuat sedikit kerja rumah, membuat bacaan-bacaan ekstra, sama ada di Wikipedia, laman-laman sesawang yang relevan, buku-buku ilmiah yang berkaitan dan sebagainya. Tapi… Sebab saya tahu anda ni malas, gemok dan hanya mengharapkan ilmu disuapkan terus ke mulut anda (matilaaah lepas ni APG kena boikot!), ijinkan saya untuk berkongsi secebis ilmu yang saya ada dengan anda semua.
Tapi saya memberi amaran awal-awal ni. Yang ingin saya kongsikan memang secoet je daripada apa yang patut anda tahu tentang konflik Israel-Palestin ni. Jika anda benar-benar mahu faham, jelas, nampak dengan kaca mata Rayban yang lebih bergaya, seriyesli anda wajib buat bacaan tambahan sendiri.
Nah, beberapa fakta sejarah yang perlu anda tahu untuk lebih memahami konflik Israel-Palestin yang sedang berlaku:
Fakta #1
Bangsa Israel bersusur galur daripada Nabi Ishak AS, anak kepada Nabi Ibrahim AS. Perkataan Israel itu sendiri merujuk kepada Nabi Yaakub AS, anak kepada Nabi Ishak.
Bangsa Israel bersusur galur daripada Nabi Ishak AS, anak kepada Nabi Ibrahim AS. Perkataan Israel itu sendiri merujuk kepada Nabi Yaakub AS, anak kepada Nabi Ishak.
Sebab itu sebenarnya umat Islam adalah saudara jauh kepada bangsa Yahudi, kerana Nabi Ismail AS, tok moyang kepada Nabi Muhammad SAW adalah adik beradik tiri kepada Nabi Ishak.
Perkataan ‘Palestin’ itu pula dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud ‘tanah air orang Philistina’ atau Filastin dalam bahasa Arab.
Fakta #2
Banyak kerajaan atau negara yang berebut-rebut untuk menduduki Palestin atas faktor tanahnya yang subur dan kedudukannya yang strategik.
Banyak kerajaan atau negara yang berebut-rebut untuk menduduki Palestin atas faktor tanahnya yang subur dan kedudukannya yang strategik.
Antara kerajaan atau bangsa yang pernah menguasai/menakluki tanah Palestin termasuklah kerajaan Mesir purba, Roman, Greek purba, Byzantin, Kanaan, Parsi, khulafa’ ar-Rasyidin, Mamluk, Ayyubi, tentera Salib, kerajaan Uthmaniyah dan pihak British.
Sudah lebih 30 kali tanah Palestin bertukar tangan.
Fakta #3
Palestin merupakan tempat lahirnya agama Judaisme (Yahudi) dan juga Kristian. Tempat berdirinya Masjidil Aqsa sekarang ini didakwa sebagai tempat terbinanya Kuil Haiqal Nabi Sulaiman, sebuah kuil tersuci dalam sejarah Yahudi suatu ketika dahulu, sebelum dihancurkan oleh serangan Nebuchadnezzar II pada tahun 587 sebelum Masihi.

Walaupon tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu, hal ini telah dijadikan alasan oleh kaum Yahudi untuk memiliki Tanah Palestin dan berhujah bahawa mereka lebih berhak terhadap Palestin. Biasalah, Yahudi. Eh.
Palestin juga merupakan tempat suci buat penganut Kristian. Dipercayai Nabi Isa AS menikmati ‘Makan Malam Terakhir’ (Baca: The Last Supper) dan disalib di Baitulmaqdis.
Fakta #4
Dalam sejarah umat Islam, Baitulmaqdis yang terletak di Palestin diabadikan dalam kisah Isra’ wal Mikraj apabila Nabi Muhammad SAW diisra’kan (diperjalankan) ke Masjidil Aqsa dari Mekah sebelum baginda naik ke langit bertemu dengan Allah. Baginda sempat bersolat jemaah, menjadi imam kepada para anbiya’ di sana. Hal ini memberi isyarat kepentingan Masjidil Aqsa dan betapa signifikannya ia di sisi umat Islam. Tidak hairanlah anda yang bersolat di sini akan mendapat ganjaran 500 kali ganda berbanding solat di tempat lain.

Kawasan Masjidil Aqsa. Keseluruhan kawasan ini adalah hak umat Islam!
Kisah ini direkodkan di dalam al-Quran di dalam surah al-Isra’, ayat pertama:
“Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkai sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”
Selain itu, sebelum umat Islam solat menghadap Kaabah, mereka terlebih dahulu menjadikan Masjidil Aqsa sebagai kiblat mereka yang pertama. Hal ini juga direkodkan di dalam al-Quran, di dalam surah al-Baqarah ayat 143.
Fakta #5
Tanah Palestin mula-mula dikuasai oleh umat Islam di zaman pemerintahan Saidina ‘Umar al-Khattab r.a.. Di dalam kisah yang amat popular di kalangan umat Islam, diceritakan bagaimana ‘Umar datang ke Palestin untuk membuka Baitulmaqdis dengan berpakaian serba sederhana, tanpa ditemani oleh hulubalang, pengawal peribadi mahupon rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel. Eh.

Diceritakan juga bagaimana antara perkara pertama yang dilakukan oleh ‘Umar setelah memasuki kota suci Baitulmaqdis adalah membersihkan tempat ibadat kaum Yahudi, yang sebelum ini dijadikan tempat pembuangan sampah dan penghinaan oleh orang-orang Nasrani. Ini.. Ini.. Ini sumpah mengagumkan!
Anda lihat. Hanya dengan pemerintahan Islam yang adil sahaja semua bangsa dan agama dapat tinggal dalam harmoni dan aman damai, penuh dengan bunga dafodil tumbuh segar di taman sambil arnab-arnab gemok berlari riang.
Fakta #6
Semenjak itu, Palestin kerap kali bertukar tangan antara tentera Salib (Crusaders) dengan umat Islam. Beberapa siri perang Salib telah dilancarkan dan peperangan ini berlangsung sehingga hampir dua abad lamanya.

Perang Salib.
Antara peperangan Salib yang paling epik pernah dirakamkan di dalam filem Kingdom of Heaven di mana tokoh Islam yang amat terkenal, Salahuddin al-Ayyubi berjaya membebaskan Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera Salib ketika itu.
Peperangan Salib telah juga telah membuka pintu dan memberi peluang kepada tentera Salib mengenali Islam dengan lebih dekat, sehinggakan Raja Louis IX, salah seorang pemimpin peperangan Salib pernah mewasiatkan kepada rakyatnya bahawa mereka selamanya tidak akan menang dengan tentera Islam selagi mereka berpegang teguh dengan al-Quran dan semangat jihad.
Fakta #7
Idea penubuhan negara Israel merdeka dipopularkan oleh Theodor Herzl, bapa Zionis moden. Melalui makalah yang dihasilkannya, Der Judenstaat (The Jewish State) dan Altneuland (The Old New Land), dia telah berhujah bahawa pentingnya untuk bangsa Yahudi mempunyai negara mereka yang tersendiri untuk bebas daripada penganiayaan bangsa dunia terhadap mereka.

Herzl juga bertanggungjawab menubuhkan Pertubuhan Zionis Sedunia (World Zionist Organisation) dan bersama-sama dengan Nathan Birnbaum, telah mengajurkan kongres mereka yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897, yang antara lainnya telah membuat keputusan bahawa Palestin adalah satu-satunya pilihan mereka untuk menubuhkan negara Israel merdeka.
Dia juga pernah bertemu secara peribadi dengan Sultan Abdul Hamid II, khalifah Turki Uthmaniyyah ketika itu untuk membeli tanah Palestin daripada kekuasaan khilafah Uthmaniyyah. Namun Sultan Abdul Hamid II menolaknya dengan keras dan sehingga kini, jawapan baginda yang lejen akan terus diingati:
“Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), karena ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka.”
Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika suatu saat kekhilafahan Turki Uthmaniyah runtuh, kemungkinan besar mereka akan bisa mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.”
Allahu Akbar!
Sultan Abdul Hamid II; benteng terakhir umat Islam mempertahankan Palestin!
Fakta #8
Pertubuhan Zionis Sedunia pernah ditawarkan dengan tanah di Uganda untuk mendirikan negara Israel yang pertama oleh pihak British. Namun mereka menolaknya dengan sebulat suara pada kongres yang ketujuh.

Semenjak itu, mereka secara terancang telah menggalakkan dan membiayai penghijrahan orang Yahudi beramai-ramai dari seluruh dunia ke Palestin. Polisi Nazi di bawah pimpinan Hitler yang anti-semitik juga menyebabkan penghijrahan lebih ramai orang-orang Yahudi ke Palestin.
Fakta #9
Impian Zionis untuk memiliki negaranya yang sendiri makin menjadi kenyataan apabila Lord Balfour, Setiausaha Luar Negara bagi kerajaan British pada tahun 1917 membuat deklarasi bahawa kerajaan British menyokong penuh sebarang usaha Zionis untuk membentuk negara Israel merdeka di Tanah Palestin. Malah kerajaan British akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk memastikan negara Israel menjadi kenyataan. Nota kaki: Hallo hang ingat tanah Palestin tu negara tok hang ka nak buat suka-suki hati…??

(British mempunyai peranan yang cukup besar dan signifikan ke arah penubuhan negara Israel. Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu yang mati dibunuh oleh komunis pada 1951, merupakan Ketua Setiausaha kepada Kerajaan Mandat Palestin (wakil British) sehingga tertubuhnya Israel pada 1948. Diceritakan bagaimana rakyat Palestin bergembira mendengar berita kematiannya pada 1951)
Ehem.
Akhirnya, setelah perancangan yang licik dan teliti dan pengkhianatan demi pengkhianatan, negara Israel haram akhirnya tertubuh pada tahun 1948, apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bingung (PBB) meluluskan resolusi untuk penubuhan negara Israel haram di tanah Palestin. David Ben-Gurion telah dilantik menjadi Perdana Menteri Israel haram yang pertama.
David Ben Gurion, Perdana Menteri Israel yang pertama. Kelihatan di atas kepalanya potret Thedor Herzl, orang yang bertanggungjawab membawa idea negara Israel menjadi realiti.
Fakta #10
Sejak penubuhan negara haram Israel, konflik antara umat Islam dan Zionis berterusan sehingga kini. Banyak peperangan telah dilancarkan antara kedua-dua belah pihak dan antara yang paling meninggalkan kesan kepada sosio-politik wilayah yang bergolak itu adalah peperangan 1948, peperangan 6 hari pada 1967 dan pelancaran intifadah oleh rakyat Palestin (siri pertama pada 1987 dan siri kedua pada 2000).
Hamas telah ditubuhkan oleh Syaikh Ahmed Yassin, Abdul Aziz al-Rantissi dan Mahmoud Zahhar ketika Intifadah pertama memuncak pada tahun 1987, sebagai reaksi kepada kegagalan Fatah memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Pada tahun 2006, buat pertama kalinya Hamas telah memenangi pilihanraya di Gaza dan sehingga kini, Hamas merupakan kerajaan tempatan di Gaza.
Sehingga kini, lebih banyak nyawa rakyat Palestin yang terkorban berbanding dengan jumlah kematian di pihak Israel. Israel, yang didokong oleh Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara-negara Eropah telah melancarkan serangan demi serangan ke atas Palestin, tanpa sebarang bantahan dan tindakan susulan oleh dunia yang hanya memerhatikan apa yang berlaku. Perjanjian-perjanjian damai hanya tinggal anekdot di atas kertas semata, berulang-ulang kali dikhianati oleh Israel laknatullah.
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
No comments:
Post a Comment