Jujur aku cakap, aku pun dah start. Dulu orang boikot McD, aku g jugak makan... Sekarang ni..... tgk McD teringat gambar anak2 Gaza yang mati kena bedil ngan Israel... Sedih teramat. gagal jugak aku menahan air mata...
Sikit demi sikit kita try to change kan... kat umah aku pun Milo ada lagi sebab Dani memang penggemar tegar Milo. Tapi kalau aku tukar brand lain pun takpe asalkan warna coklat.. Dia bukan tau pun. Yang dia tau dia nak rasa coklat...Bersyukur di situ... Milo tu pun dapat free. Enady dapat goodies bag sempena raya Puspanitapuri bagi. Nescafe pun ada... Just habiskan jelah kan.. tak baik membazir plak kan...
Hasil daripada satu dunia boikot pun, dah memberi kesan kat ekonomi Israel.. Ni Menteri Kewangan Israel sendiri yang declare...
Kreatif sungguhlah org yang buat poster kat bawah ni... Memang taknak makan taknak minum lah bila tgk gambar ni...
Kat bawah ni antara brand2 yang menyumbang dana ke Israel dan ada yang produk Yahudi sendiri... So, janganlah beli lepas ni...
Walaupun kita tak dapat pegi atau tak mampu nak mengangkat senjata kat Gaza nun, cuba lah buat ni. sedikit sebanyak kita dapat sekat ekonomi dorang yang lebih kepada men develop senjata untuk perang ngan Gaza...
Ok guys. Selamat memboikot. :)
But, jangan boikot dengan emosi ok... Jaga juga sensitiviti orang sekeliling. Boikot diam2 sudah la...
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
No comments:
Post a Comment