Skip to main content

Makan Nasi Kenduri lagi kat Jengka 23, Pahang

Cerita bulan lepas ni...,

Kali ni baru dapat balik Pahang, sepatutnya balik tengah bulan 5 hari tu, tapi Enady kena denggi pulak masa tu. So, tangguh. Aku kata alang2 nak balik, balik la masa kenduri kawen member pa tu, tengah bulan Jun kan. So, he agreed.

Plan asal, bertolak subuh, so, singgah umah mak dulu, siap2 gosok baju bagai baru gerak g Jengka 23 ni.. Tapi apsal ntah, gerak lepas Subuh dah, sepatutnya masa 3 jam dah sampai Jengka. Sampai Temerloh je dah pukul 11 pagi. Hadiah belum beli. Singgah la jap The Store Temerloh tu beli hadiah.. gedebak gedebuk dah pukul 12.30. Haishhh tak sempat ni nak singgah umah mak dulu. Enady kata terus singgah Jengka 23 la. Mujurla pakai baju senonoh sikit nak pegi kenduri kan... blouse ngan skirt je la pon...



Sampai Jengka 23 nun dah pukul 1 tengahari. Orang ramai dah balik. Tinggal orang dari SPA, Putrajaya. Member Enady ni Staff SPA Putrajaya. Member sekolah. Jumpa balik kat Putrajaya... Bertahun tak jumpa..

Makan-makan pastu lepak jap sambil tunggu pengantin melayan tetamu jauh tu... Lauk dia sedappp, nasi minyak, gulai kawah, pastu ada sambal kuinin... aisehhh, dah la memang tgh lapar kan... nak tambah malu plak.. hahaha, xpernah lagi menambah makan masa kat kenduri kawen orang.. hikhik..



nak bergambar ngan budak bertuah ni punyalah susah sekarang... tgk mood. Kalau mood ok, tak suh posing pon dia pose..


Nak bergambar bertiga ngan anak2 ni lagi la.. sorang ke mane, sorang pandang situ.. haiishh la..


Aku plak tak ready .. hahaha.. baru dua orang anak... =p


Lantak situlah haii...=p


Dulu masa kecik2 kita pun selalu nak amik ni masa nak balik dr umah orang kawen kan... ni dorang amik sebab orang dh tak ramai, so amik la 2 sorang.



Nilah pengantinnya.. Sebaya Enady yang laki tu... satu sekolah dulu... Dia cakap, aku baru kawen. ko anak dua dah di.. hehehe.. Enady kata dia ni pendiam masa kat sekolah... kat tempat keje pun sama.. tak reti nak ngorat enady la citer..

oklah, selamat pengantin baru buat ... ala tak ingat nama dah... cantik pengantin pompuan kan... sesuaila dorang ni...

lepas habis kenduri tu kitorang balik kampung kat jengka 17..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…