Setelah tadi berpuas berjimba di National Conference Shaklee 2014, saya terus balik ke rumah, dengan wajah yang penat tapi puas hati. Apapun, sebelum NC, memang ada layan topik perbualan Roger Barnett, CEO Shaklee di BFM 89.9. Tak pasal pasal buka radio nih, padahal sebelum ni layan sinar fm je. Tapi adalah soalan panas pasal MLM haram jadah ni, skim piramid dan macam macam lagi.
Menjawab Isu Skim Piramid
Aku dah agak dah, kalau business MLM, takkan terlepas dari soalan liar DJ itu tentang skim piramid yang dikaitkan dengan business MLM. Malah boleh dikatakan ramai akan keliru dengan skim piramid dan MLM ini. Jadi pakcik Roger dengan tenang menjawab business Shaklee dijalankan dengan hanya berkongsi kebaikan produk, dan di situ produk itu terus berkembang.
Kenapa MLM ?
Kiranya Dr Shaklee memperkenalkan konsep MLM, di mana ianya tidak perlu kepada marketing, pengiklanan yang mahal untuk memasarkan produk. Konsep MLM kiranya paling mudah ialah KURANGKAN KOS MARKETING. Sebab itu dengan produk yang bagus, harga yang munasabah, dapat membayar bonus yang banyak kepada ahli, kerana kos marketing yang biasa telah dijimatkan. Bayangkan produk biasa perlu melalui banyak fasa, tetapi tidak dengan MLM. Pengedar akan terus sampai ke prospek atau pengguna.
Dengarkan di BFM !!
Apapun, sebab bahasa inggeris aku pun tak berapa nak pandai, korang boleh dengar sendiri di sini, memang terbaik, suara dia memang cool dan Roger memang awet muda, baik, dan peramah.
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
No comments:
Post a Comment