Haaaaaa...ada bran ke makan makanan kat atas ni je sampai kurus? =p
Makanan yang kat dalam gambar atas tu semua sumber fiber. Fiber ni kalau yang belum tahu fungsinya adalah untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah, mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan dan boleh jugak mengatasi masalah yang boleh menyebabkan kanser... Ia juga membantu mengatasi masalah buasir.. Hebat kan??? :)
Ni ada fakta sikit :
Menurut Institut Perubatan Amerika Syarikat, jumlah serat yang disyorkan setiap hari untuk orang dewasa yang berumur tak lebih dari 50 tahun ialah 38 gram bagi lelaki dan 25 gram untuk wanita. Bagi mereka yang melebihi 50 tahun pula, jumlah sehari ialah 30 gram bagi lelaki dan 21 gram untuk wanita. Kurangnya jumlah serat yang disyorkan untuk mereka yang berumur 50 tahun ke atas ialah kerana berkurangnya jumlah makan apabila umur meningkat.
20 jenis sumber makanan fiber terbaik :
1. Jagung :
- kite ni sangat familiar kan dengan jagung manis berwarna kuning berkilat atau jagung bakar yang dijual di tepi-tepi pantai. Sebenarnya jagung ni sangat kaya dengan nutriennya yang antioksidan. Setiap setengah cawan jagung yang kita makan tu, ia mengandungi 2 gram fiber tau. Haaa, popcorn yang kita selalu beli bila tgk wayang tu pon rendah dengan kandungan kalori dan jagung ni merupakan sumber fiber terbaik. Jadi untuk dapatkan khasiat fiber, bolehla lepas ni kita sama2 beli jagung rebus yer.. hahaha takpun beli jagung mentah, rebus je sendiri..:)
2. Almond :
- kacang almond ni antara kacang kesukaan ramai terutama time2 raya. hehe.. almond london la.. =p. Tahukah anda kacang almond adalah sumber yang baik jugak untuk fiber dalam badan kita sebab ia membekalkan protein dan lemak baik (bukan lemak tak baik yer..). Pengambilan almond adalah baik tapi tak boleh diambil dalam kuantiti yang byk sebab dia tinggi dengan kandungan kalori. Jadi setengah cawan atau segenggam kacang almond akan seimbangkan kandungannya iaitu 3 gram fiber dengan 170 kalori.
3. Kacang Hitam :
- Black beans atau kekacang hitam mengandungi 15 gram fiber serta 15 gram protein secawan. Warnanya yg hitam dan gelap itu sudah cukup memberitahu kita bahawa ia kaya dengan antioksidan. So, banyakkan pengambilan kacang hitam ini dalam diet makanan anda dan jangan lupa minum banyak air.
4. Avocado :
- Avokado yang lemak berkirm ini merupakan sumber fiber yang paling baik, dua sudu jus avokado untuk setiap hidangan mengandungi 2 gram fiber dan sebiji buah avocado pula mengandungi 10 gram fiber. Avocado ini juga adalah sumber terbaik yang mempunyai kandungan lemak tidak tepu yang akan membantu memecahkan lemal dan mengurangkan kandungan kolestrol serta mengurangkan masalah jantung.
5. Kacang kuda :
- mengandungi kandungan fiber dan antioksidan yang tinggi.
6. Artichoke :
- sejenis bunga yang berasal dari selatan Eropah dan Mediterrenean mengandungi 10.3 gram fiber yang kaya dengan antioksidan untuk memberikan kesihatan yang baik pada tubuh badan kita.
7. Buah Pear :
- membekalkan nutrien dan kaya dengan fiber. Saiz buah pear yang tak dikupas mengandungi 5.5 gram fiber. Wow, hebat gak buah ni...Kena beli ni..=p
8. Beras Perang :
- setiap cawan beras perang ini mengandungi 3.5 gram fiber. Kajian kat Harvard mendapati makan setiap lima atau lebih hidangan nasi putih seminggu meningkatkan risiko penyakit diabetis sehingga 17% dan tambahan dua kali hidangan beras perang seminggu pula membantu mengurangkan risiko penyakit diabetes sehingga 11%. Jom kita pakat2 beli beras perang..
9. Edamame (kacang soya hijau/muda) :
- Edamame.. susah betul nak sebut.. haha. Ianya adalahs sejenis kacang yg banyak ditemui di Jepun dan Korea. Setengah cawan edamame mengandungi lebih 11 gram protein dan 9 gram fiber. Wooo.. patutla orang Jepun hebat-hebat belaka. Kandungan lemak yg ada dalam edamame ni sangat2 sihat untuk jantung dan membantu merendahkan kolestrol dan merendahkan risiko penyakit jantung.
10. Roti berserat :
- Roti berserat atau whole bread ni memang banyak sangatlah kat kedai2 runcit kat pasaraya kat koop pun ada.. Memang tren sekarang suka makan roti berserat.. Roti putih tu pon sebenarnya berasal gandum, then dia telah diproses berkali-kali dan bahagian yang bergandum atau yang berserat tu telah diremovekan jadilah roti tu warna puthi sebaliknya roti berserat yang kita beli tu dia warna coklatkan? sebab kandungan seratnya masih ada dalam roti tu haa.. jadi ia snagat kaya dengan nutrien dan elemen2 fiber. So pasni, gilir2 la minggu ni roti putih, minggu depan whole wheat bread lak kan..:)
11. Kacang Dhal :
- kacang dhal juga adalah dari famili kekacang yang super duper rich dgn fiber. Ia mengandungi 15.6 gram fiber secawan. Terbaikk lah! Ia juga merupakan sumber protein, vitamin B, zat besi dan lain2 mineral yang sangat baik untuk tubuh badan kita.
12. Pasta penuh serat :
- selalu kita dengar pasta warna putih tu je kan? Ni adalah pasta penuh serat yang berwarna coklat. Fuhhh! Cam mane lah rupa pasta kaler coklat tu ek.. hehehe..
13. Kacang kidney (kacang buah pinggang) :
- Haaa, tau ke kacang kidney ni apa? dia sejenis kacang yang berwarna merah mcm kacang merah tapi saiz dia besar sket dr kacang merah. Ala selalu ada kat dalam ABC tu.. Ia kaya dgn fiber, protein dan zat besi..
14. Oatmeal :
- Oat mengandungi kandungan beta-glucan, sejenis fiber yang mengandungi khasiat untuk mengurangkan kolestrol dalam darah di samping meningkatkan fungsi sistem imun dalam badan. Oat juga gabungan terbaik soluble fiber (fiber yang membantu mengurangkan kolestrol dalam darah) dan insoluble fiber (fiber yang membantu sistem pencernaan berjalan dengan lancar.
15. Barli :
- Barli sangat sesuai kalau kita minum time2 panas dan badan kita tak selesa, ia sangat sejuk dalam badan. Dalam satu kajian mendapati, kita akan menjadi lebih sihat dengan memakan barli sebagai sarapan sebelum makan tengahari dan ada gak yang menggantikannya sebagai nasi.
Haaaa, hebat tak 15 jenis fiber yang saya senaraikan kat atas ??? Jadi lepas ni, masukkan semua senarai dalam pembelian korang tau dan jadikannya salah satu gaya hidup sihat.Kat bawah ni ada beberapa senarai fiber yang boleh dimanfaatkan dalam diet harian kita... Jom check..:)
Produk Gandum:
- roti, bun, muffin
- sarapan dengan cereal, oat
- whole-wheat pasta & spagetti
- barli, popcorn, beras perang
Buah-buahan:
- buah-buahan kering seperti apricots, kurma, prune dan kismis
- keluarga beri seperti blackberries, blueberries, raspberries, dan strawberries
- buah limau, epal beserta kulit, avocado, kiwi, mangga dan buah pear
- buah limau, epal beserta kulit, avocado, kiwi, mangga dan buah pear
Sayur-sayuran:
- sayuran bewarna hijau seperti bayam dan kailan
- brokoli dan bunga kubis
- terung
- squash plant (sejenis labu kuning)
- daun saleri
- kacang hijau
- tomato
- kekacang yang dikeringkan spt kidney beans, kancang hitam, kacang dhal, kacang kuda.
Kekacang dan benih:
- almond
- soy nuts
Kalau nak senang lagi, minum Cinch Tea Mix from Shaklee. Minuman yang tinggi fiber untuk keperluan seharian anda..:)
________________________________
Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Call | SMS | Whatsapp / 0182244135
anacomey_84@yahoo.com
FB Page : Dani Dania Store
No comments:
Post a Comment