Skip to main content

Kursus Asimilasi INSPEN 2014 : Part 1

Hai uolls... Excited ni nak story mory pasal kursus yang super BEST ni! Hehe...

4 hari yer kursus ni.. Hari pertama kat opis je. just untuk pengenalan pasal INSPEN.. klik sini..

Second day, cuti hari Wesak. Tapi kitorang bertolak petang tu.. naik bas pukul 2.30 petang. N sampai kat Pekan Banting pukul 4 ptg camtu lah...

First, sampai2 je dibahagi kepada 4 group. Aku dapat group 1. Task pertama, consultan bagi menu untuk dimasak pada ptg tu untuk makan malam... Tu dia... lauk kari ayam, ikan panggang ngan kuah asam, sambal ikan bilis tumis, telur dadar, sambal belacan dan ulam-ulaman.. yang fasi bagi hanyalah alatan untuk memasak.. semua tu kena masak pakai dapur kayu yer... mencabar jugak ni...



Naik bas INSPEN... cantik kan bas dia..:) I love u Inspen.. *tetiba


Tu dia mak anak dua dah turun bas... eh ada orang snap gambar la pulak...=p


nampak sangat excited... depan sekali tu ha.. hehe.. dah lama sangat kot tak kursus luar ni.. sejak bersalinkan Dani...Last g Gunung Jerai kot... Tu pun masa Dani stay kat kg Aki ngan nenek dia jaga kejap...


Ni masa nak pilih ketua kumpulan.. Kitorang sepakat la nak pilih En. Asmawi yang pakai spek tu jadi ketua...:)


Dah beratur ikut kumpulan.. peserta tak ramai.. dalam 24 orang je...


Berkerut dahi pikir nak masak lauk banyak2 tu.. hahaha.. Fasi bagi duit RM50 untuk beli barang basah dan tambang teksi nak ke Kem El-Azzhar, Morib.. pandai2 lah korang nak guna camne kan.. hehe..


Ok, dah round beli barang2 basah.. sambil menyelesaikan puzzle, dah macam explorace dah.. penat gak..


Masa ni tgh deal ngan uncle teksi tu nak g Kem El-Azzhar... satu teksi 4 orang rm15 yer... mujur ade lagi duit ballance..


kami kumpulan ketiga yang sampai.. huhu.. terus kena masak.. sebelum kul 6.45 ptg..


Sempat la habis masak...


Kumpulan ni juara.. tengoklah deco dorang..:)


habis cerita ptg Selasa tu....

Tiba tang malam pulak lepas menyelesaikan apa2 yang patut, solat makan dan sebagainya... ada aktivti berperang pulak... di bahagi kepada 2 kumpulan. Defender dan attacker..


Haa.. muka kena celoreng sebelum bertempur...:)


Berlatih dulu.. hehe


Perkara wajib adalah bergambar kan...:)


Kitorang kena jaga 5 batang lilin. jangan bagi terpadam... kalau padam kira kalah.. senjata adalah torch light dan air.. nampak musuh suluh musuh tu akan berhenti... kalau dia jalan jugak, baling pakai plastik yang dah diisi air.. haa... merasa la sape baling tu basah bajunya yer...

Dalam kul 12.00 habis dah aktiviti ni...Pukul 12.00 tengah malam yer... pastu tido kat khemah... huwaa, banyak nyamuk... bantal takde, tilam xde... selimut pon pakai towel je...


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…