Thursday, April 17, 2014

Gigi

Otw pulang ke rumah petang semalam, dalam kereta...

Bas lalu.. Pastu Dani cakap la,

"Mama, Dani nak naik bas. Nak balik kampung. Nak jumpa Aki, Nenek, Maksu haaaa..."

Aku pun layankan aje.. Yelah abang, Nanti kita naik bas, aku cakap...

Dok potpet ape ntah lagi...

Terbukak la cerita pasal gigi...

"mama, gigi adik cantik. Gigi mama papa makyang nenek pon cantik.."

"Oh ye ke cantik.. gigi abang?"

"Gigi abang tak cantik. Gigi abang takde."

"Mane peginya gigi abang?"

"Tak tau la. Gigi abang dah xde. Abang nak gigi cantiklah mama, macam adik, mama, papa. makyang, maksu, nenek. Xnak macam Aki, gigi Aki sama ngan Dani. Gigi Aki xde.

Aku dah bantai gelak dah ni dalam keta.. Kahkahkah.... Ko kutuk Aki ye abang...

"Gigi Aki satu je xde la Dani. Dani semua takde."

"aaaaa, Dani nak gigi cantik ma..."

"Nak gigi cantik, kena buang dulu gigi yang ada tu. Dani kena jumpa doctor, kena cabut semua gigi dani kat atas tu"

"Ok mama, Dani nak jumpa doktor. Dani nak gigi cantik.."

Hurmmm, sian pulak dia... Mesti dia rasa down sebab gigi xde. Dia bukanlah penggemar gula2 n coklat. tapi susu yang sebabkan gigi dia jadi macam tu.

Kena on balik la appointment operate gigi dia kat Hospital Serdang. Aku tak buat dulu sebab aku takut dan risau. Kesian pun ye...

Hurmmm, ok Dani, mama akan bincang ngan papa balik ok.



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments: