Friday, March 21, 2014

Macam2 ragam anak2

 Situasi 1 :


Dia main masak2. Pastu dia mintak botol susu dia kebetulan ada kat tepi laptop aku ni.. "mama, nak kicap, nak kicap" " aaaaa, nak buat ape?"

Rupanya botol susu tu dia main mcm botol kicap.. kahkahkah...

Sekali abang menyampuk bila dgr aku gelak terbahak-bahak, "hey, tu utk minum la, bukan kicap. Kicap kat dapur.."

Kahkahkah.. mama gelak lagi..

Sel-sel otak berhubung... ‪#‎danizara‬ ‪#‎nurizzaradania‬






Situasi 2 :



Ni lagi satu, buat aku senyum je ni...

Kat Buletin Utama tadi, ada berita pasal kereta. Dani kecoh la, "wahhh, mama, kete hebatlah mama. Cantik.. Canggihnya..." Ntah apa lagi la dia membebel.

pastu dia terdengar, pengulas tu cakap jual...

yang si dani, " Mama, Dani nak beli! Dia jual!"

Ok abam...


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments: