Skip to main content

Majlis Hari Lahir Dani 4 tahun & Zara 2 tahun

Alhamdulillah... selesai jugak niat di hati nak buat majlis kecil-kecilan sempena hari lahir Dani 4 tahun and Zara 2 tahun bulan Mac ni...Plan asal nak buat makan2 ngan family je. Like pegi makan kat mana2 restoran n potong kek sudah kan.. Tapi ntahla, rasa nak berkongsi dengan rezeki yang aku dapat so, aku buat la makan2 sket jemput kawan2 opis dan kawan2 blog. Dan sedara mara terdekat. 

Majlis start sekitar pukul 3 petang... Dalam atucara pun aku tulis start kul 3 petang sampai kul 6 petang,

Tq pada designer bunting ini. Sharul.. nak banner lelawa, korang boleh deal ngan dia..:)


Thanks Ijai n Fyqa dan Icha yang datang tolong Along pada hari tu... :)
 



Menu pada hari tu ialah :

- Soto
- Mihun goreng
- Laksa
- Koktail
- Buah-buahan
- Air Sarsi
- Nugget

Hehe, simple je menu. Tapi ya ampunn, tak muat meja! Nak beli meja bankuet lah nanti.. senang nk taruk makanan.. Eh! macam ada je lagi tahun depan.. hehe.. Insha Allah, kalau ada rezeki lebih, apa salahnya... Bak kata Ena, "Ana tahun depan buat lagi.." :) Alahai, serius terharu.. Ena, kalau aku tak buat makan2 bufday dorang ni pun, insha Allah aku ajak geng2 UB makan kat umah aku okeyh..:)



Kek kek aku tempah kat Fad. Sedap gilosss! Yummis!!.. Semua orang suka! Semua org tanya! ,"Ana, kek sedap, ko tempah kat mana?" "sedapla kek, ko beli kat ne" "moist je, sedaplah!" Tak tipu ok... Nah FB dia, g godek2 sane...:) Fadilah Ramlan

Saje standby dua kek. Satu rainbow kek, satu lagi kek moist chocolate..



Icha dan Zara.. belum ready lagi masa ni..:)

 Isma Nuuha.. Anak si Fad..:)
 

 Imaan & Zara.. Zara memang genglah ngan Imaan ni.. Ikut je kakak Imaan g mane..:)


Antara tetamu awal. Jiran sebelah rumah.. Thanks Lin and husband and Elisya..:)


 Dah start ramai masa ni. Tu tuu tuuuu.. pasangan romantik forever n ever n ever...:) Zana Adieyza.


Ahaaa! Kelibat Mid dah sampai!. Kawan blog yang dh kenal macam 10 tahun. Padahal baru setahun lebih kot ek mid.. since rapat kat whatsapp UB lah..:)


Angin kuat masa ni, habis nak terbang-terbang dah langsir aku tu...Eh, nampak kelibat Ena n Zaza. Thanks korang..:)


Makyang dan Icha..





Fad dah nak balik. So, terus nak potong kek lah sebab aku dh cakap ngan Imaan anak Fad ni, nanti kita potong kek sama2..:) Dani lom sampai lagi dari kampung masa ni. On jelah potong kek sensorang dulu.. Ada kek lagi satu nanti, potong kendian berdua ngan abam dia..:)


Zara good je hari tu. Mood dia okey. Aku potong kek, pastu suh dia pas kat kengkawan dia... gud job. semua dia bagi.. seronok dia...:)



Zara tengah nak bagi Imaan Ariana kek..:)


Bila dah bagi, datang lagi kat aku, mintak kek, nak bagi kat kengkawan lain..:)


Bagi kat kakak Marissa yer..:)



Bagi kat aunty Cikin plak..:)




Gambar-gambar dari whatsapp geng UB..:) Thank Youuuuu...


Thank you aunty Zana and Uncle Adiey...:)


Sape candid gambo mu ni mid? =p





Kengkawan blog yang datang... Eh, kalau sebut kawan blog rasa mcm jauh je... padahal kitorang memang dah close sangat..:) Asalnya semua kenal drpd blog..


Dalam kul 5 lebih, ayah ibu dan dani sampai dari Perak...Yeay!


 Aki n Icha




Nenek n Icha





Dani dah pulang, makanya potong kek lah lagi bersama-sama..:) Baru lengkap. Mujur beli dua kek tadi kan..:)



Terima kasih di atas kehadiran semua... dan hadiah yang diberi. Ada yang tak masuk dlm gambar tu sebab dorang dah main.. Terima kasih sangat2. Maafkan andai ada yang terkurang terlebih.. Harap makanan yang dihidangkan menyelerakan..:)

Oh ya! Catering aku order soto n mihun goreng tu aku order kat member opis je.. nak no tepon dia 
Kak Lin 012-3265676
Soto dia marvelles!!!

Kuah laksa plak aku order kat mak mertua adik aku. pon sedap gilossss! Hahaha, sedap tahap A1 tu lah maksudnya... Sape dok area Setiawangsa, nak order kuah laksa tu bgitau aku, nanti aku bagi contact no. 

Ok, sekian!  :)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
4 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…