Majlis Iftar Ukhwah Blogger 2013 Bersama Adik2 Tahfiz

Alhamdulillah, permulaan perkenalan di alam maya tidak terbatas di alam maya sahaja. Tetapi sehingga ke tahap ini. Kami boleh buat majlis Iftar ni dengan dimastermindkan oleh Puan Dina! Thanks Dina. Aku bukanlah AJK. Aku hanya membantu apa yang patut. Kebetulan pulak, memang xde apa2 aktiviti weekend lepas, jadi ke sini lah kami tiga beranak. Husband xde. Dia ada tanggungjawab dengan kerja..:)

Majlis ni diadakan di Raudah Al-Quran, Batu 11, Hulu Langat. Aku konvoi ngan Fad. Dua-dua tak tau jalan sebenarnya tapi bak kata Fad, redah saja. Allah permudahkan urusan kami. Takde sesat pon. Sekali jalan dah terus sampai. Aku memang follow dekat-dekatlah kete Fad sebab taknak tertinggal jauh. Anak-anak pun xtido dalam kereta. Excited beno deme.

Di perkarangan Maahad Tahfiz

Sebaik sahaja sampai.. Aku, Fad, Mak Fad dan Ainul..

Sampai awal seperti yang dijanjikan. Lepak jap dalam kereta sementara tunggu Dina dan Ainul sampai. Dah sampai, terus punggah barang-barang sumbangan kawan-kawan dan lain-lain (You Know Who U Are) -tiru Fad! Keh keh..Efisyen sungguh adik-adik Tahfiz tu, cepat je angkat barang-barang.. tak sempat nak snap gambar.. :)

Rafique and Arreessa..

Isma pau goreng! Hikhik..

Masa baca tahlil..



Ahli jemaah menteri

Layan bebudak ni jap..


Belum tunjuk taring lagi Dani & Zara..



Masa ni tengah baca Yassiin dan tahlil. Tak dapat nak join duduk kat depan sebab Zara dah amukan mengantuk


With mak Shaklee saya! #sempatlagi


Hati terdetik hiba bila tengok adaik2 tahfiz ni.. Kecik-kecik lagi dah boleh hafal Al-Quran.. Aku khilaf

Kami lagi! Tahun depan insyallah panjang umur lagi ramai k..


Alhamdulillah, dapat solat Maghrib, Isya berjemaah, solat terawih.. Anak-anak? Dani bila dah jumpa kawan lupa dah mama dia. Syok berlari2 jumpa kengkawan. Tapi ade terlepas jugak dia berlari2 bila orang tengah solat. Berlari takpe, jangan dia usik orang solat.. Zara? Syukur ada adik2 tahfiz yang perempuan yang tak boleh solat tu tolong jagakan. Mujur juga, Zara ni nak ngan orang.. Boleh solat terawih dengan aman.. Alhamdulillah..:)





Insyallah ada rezeki jumpa lagi tahun depan..:)

Terima kasih kepada yang telah memberi sumbangan..Sangat tak sangka, persahabatan kami telah sejauh ini. Ustazah kat Tahfiz tu pun terkejut tau bila kitorang bgtau yang kitorang adalah rakan blogger. Haha, dia ingat kawan2 opis or sekolah ke, jiran2 ke.. hikhik..

Kami Blogger, ustazah! :D


Link dari blogger lain kat sini >>>>  http://wonder-wife.blogspot.com/2013/07/majlis-iftar-ukhwah-blogger-2013.html


PIC kredit tu : faizsaad.com dan dina..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

2 comments:

Anonymous said...

ouchh..mastermind lah sgt.. ;')

-dina yang tak sign in-

EnaMokhtar said...

Assalamualaikum...wahh..bestnye..nexttime kalau ada program cenggini nak join jugak la walaupun kite bukan ahli...boleh ke? ekekeke..:)

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...