Cool



Zara genap setahun 3 bulan 17 Jun hari tu... Perkembangan dia setakat ni ok-ok saja. Dia lagi advance dari abang dia dari segala hal.. 

Suka sangat menyakat abang.. Usik abang. Abang tu dahla pantang diusik, Bila usik sikit habis bergema rumah menjerit menangis. Adik cool je gelak2 tengok abang kena sakat. Bak ada satu lagu tu, Wa Lek Wa Pis.. Hahaha.. 

Tak boleh tgk abang dia senang lenang goyang kaki. Ade je kang dia dok cuit2 kang.

Pandai sebut perkataan dah kalau kita suh dia sebut. Paling senang dan laju dia cakap adalah "papa". Ok mama sentap.

Bila dah dapat kaki, jalan pun tak goyang dah, berlari pun dah laju, mulalah sesi nak berdukunggg saje. Mana2 pegi nak berdukung.

Rambut dah panjang.. Yeay. tak nak potong dah. Biar panjangggg sampai ke kaki. hahaa..

Suka makan. Pantang sua apa2 je mesti telan kecuali yangn manis2. Manis2 dia tak suka. Kalau bagi jugak, dia akan jeluih balik..

Kalau malam-malam, memang sentiasa melekat ngan aku. Kalau aku bangun nak kencing, ikut jugaklah dia masuk toilet. Isyhh! Kalau bangun kul 3 pagi nak buat susu abang, ikuttt jugaklah dia ke dapur sambil menangis2. Mujur jiran dah paham kot kul 2-3 pagi anak menangis, nak apa. :)

Dah nampak karakter masing2, Dani memang ikut sejibik perangai aku, haha perangai suka merampuih, kihkih, tapi Zara coooooll jek. Ikut perangai papa dia. Kena pukul ngan abang pun selagi dia boleh tahan, dia tahan n redha. Kalau kena pukul pastu menangis tu, memang tak tahan lah tu sakit. Haha..

1 comment:

antalya said...

iskandar pon cool gak. zodiak dorang sama kan

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...