Monday, June 17, 2013

Celebrate Hari Bapa + Restoran Chop n Steak

Walaupun aku melalui hari minggu yang sangat packed without husband, tapi malam tadi sempat jugak celebrate Hari Bapa. Sebenarnya hari-hari Bapa kan.. macam hari Ibu hari tu jugakla.. Tapi apa salahnya one day kita specialkan sket kan..

 Jenuh jugak nak fikir, kat mana lah nak makan ni. Sebab petang tu aku dah makan nasik hasil berkat masa kenduri Aqiqah anak Ijai kat KL Ahad tu. Enady pun makan jugak. Lauk ayam masak merah dengan kari kambing.. Sedap woo, rugi tak makan. hehe..

So, decide Mcd je. sebab nak makan ringan-ringan. Setel urusan kat Kedai Darussalam n pegi umah Ann hantar barang, tetiba aku tukar fikiran. Nak makan steak lah!. Jue terer bab2 steak nih. Wasap2 jue tanya tempat bagai, sampai akhirnya ke sini.. Senang je rupanya.. Huhuhu, aku bukan orang Serdang. Tak pernah explore pun Serdang tu.


Crowd ramai jugak. Dalam hati, mesti lambat sampai order ni.. Tapi tak pun, order tak sampai 5 minit. siap dah..

Hahaha, dari nak makan ringan-ringan tapi bila tengok menu, tu dia aihhh.. nak tu nak ni.. Jue kata Sirlion Steak dia sedap. Aku nak order tu tapi habis dah..Aku order Black Pepper Steak je.. Oklah di tekak ku ni. Tapi silap, g order beef, liat sketlah nak kunyahnye..hehe..

Enady order Chicken Chop je. Untuk Dani n Zara, aku order Chicken Wing. Harga dia not bad lah. Takla mahal bebeno..


Habis licin!


Dekorasi restoran cantik gak.. macam ala-ala koboy.. Dani syok naik motor ni. Hehe..


Macam Jue cakap, tempat dia sangat senang nak pegi. Korang bolehla g terjah yer.. Jalan nak menghala ke Serdang, Landmark, Petronas, Esso, Shell, Perodua Serdang Jaya. Tapi aku tak paham kenapa sebelah restoran tu tulis kawasan perindustrian Seri Kembangan. No idea!

Ok korang, selamat mencuba..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

2 comments:

antalya said...

ktowang tak sambut pon.smlm mcm hari2 biasa.mothers day aritu pon sama xde sambut pon

Jue Rayhan said...

hahaha..mujur jumpa.. tp rugilah x dpt rase sirloin die.. memang sedapppp... iskkkk.. tetibe teringin jgk nie..tp baru je pegi last thursday..agak2 klo request lg kat amer..die naklayan tak...?gulp!!