Kelebihan Ostematrix dan pentingnya susu

Dani cerry berry dah dua hari ni.. So, pagi tadi aku ngan Enady bawak dia pergi klinik kesihatan Presint 11 nun.

Masa tunggu giliran tu, baca-baca jap la magazine kat situ. Sekali terjumpa satu artikel ni. Tentang kepentingan susu dalam kehidupan seharian.

Susu ni penting woo, untuk menyokong sel darah merah. Kalau sel darah merah tu low hemoglobin dia, senang la dapat anemia. Kalau rendah lagi, dapatlah thalesemia.

Aku beria baca sebab berdebar nak tunggu result darah aku, Enady n Dani bulan 3 ni nanti..

Hemoglobin normal adalah 11.5-13.5. Bawah paras 10mg, anda adalah seorang penghidap anemia.

Masa Dani warded yang masa raya tahun lepas tu, darah dia 8.++, dah discaj then amik darah lagi kat Hosp. Putrajaya, result darah dia 10.7. Doktor pakar suspek, Dani ada thalesmia. So, amik lagi darah masa tu untuk double triple konfem yang Dani ada thalesemia dan sape yg pembawa. Aku atau papa dia..

Tapi setau aku masa aku pregnant Dani & Zara, dua kali darah aku diamik untuk check thalesemia sebab hb aku sokmo la tak naik-naik.. around 10 je.. kejap naik kejap turun. tak pernah sampai 11. Bersalin pun 10.7 je. So, doctor decide aku bukan pembawa..

Hahaha. maknanya?

Enady selalu cakap papa la pembawa, papa la pembawa... Ishhh benda belum konfem, tak yah la nak salahkan diri sendiri kan.. Tunggu je bulan 3 kang.. kena bebel la sekejap ngan aku..:)

ohooo! Dah melalut.. Nak citer lain sebenarnya...


So, korang minum lah susu. Anak-anak tu selagi nak minum susu, bagi je. Penting untuk tumbesaran dia.

Ibu-ibu mengandung, WAJIB minum susu. Untuk kesihatan diri dan juga bayi.






Tapi aku tau, Ibu-Ibu yang mengandung ni ada yang tak berapa nak lalu minum susu kan.. Takpe, kat Shaklee ada jawapannya...


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Selain dari untuk tulang dan gigi, kalsium berfungsi untuk:
1. Mengekalkan tekanan darah yang normal.
2.Membantu pengecutan otot dan saraf
3.Membantu mengurangkan sindrom PMS seperti kekejangan, kembung, moody. Amat sesuai bagi wanita yang selalu berhadapan masalah bila didatangi haid.

Apa Ada Dalam Kalsium (Ostematrix) Shaklee?

KALSIUM
250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji diambil setiap pengambilan.
Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan.Bukannya ketika perut kosong.


VITAMIN D Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol'(dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita.

Kalsium dan Vitamin D sangat digalakkan untuk mengelakkan dari osteoporosis. Golongan yang paling sesuai untuk mengambil kalsium (ostematrix) adalah:

1. Ibu menyusu, mengandung
2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
3. Warga emas
4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
5. Merka yang mengalami kekejangan otot



PM me untuk detail dan harga istimewa! :)
________________________________

Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Hp | 0133396435
anacomey_84@yahoo.com
FB : Ana Lyana


Disclaimer #1  Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
 
 



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

1 comment:

Anonymous said...

k.ana...satu botol ni harga dia berapa??ada baper biji??

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...