Ikhlas dari hati..mungkinkah yg terakhir?


Anak-anak baru tidur. Si abang tengah minum susu pun boleh tidur.

Tengok anak-anak tidur, hati aku jadi sayu. Sayu sangat-sangat. Air mata mengalir tanpa dapat ditahan-tahan. Aku jadi sebak. Mengalirlah air mata, mengalirlah...anak-anak sedang tidur. tak mengapa, mereka tak nampak aku sedang menangis. Suami hanya mampu mendengar tangisanku. Kata-katanya sedikit sebanyak menaikkan semangatku. Tapi sampai bila? Apabila telefon diletakkan, hatiku kembali meruntun.

Ya Allah Ya Allah Ya Allah..

Tolonglah hambaMu ini.. Aku insan yang kerdil lagi lemah.

Bagilah aku peluang untuk terus hidup membesarkan anak-anakku. Membalas jasa kedua ibu bapaku. Juga mak abah mertuaku. Tidak puas lagi bergurau senda dengan adik-adikku. tidak puas juga bergelak ketawa dengan saudara maraku.

Berilah peluang itu Ya Allah...

Andai ini ujian dariMu, aku redha.. tapi aku mahukan besarkan dulu anak-anakku. bermanja-manja dengan mereka. Mahu menebus kembali segala kesilapan terhadap suamiku.. mahu membahagiakannya.

Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku Ya Allah...

T_T

Maafkan segala salah silap ku wahai sahabat-sahabat. Aku taktau aku hidup lama lagi atau tak. Tolong doakan segalanya yang baik-baik untuk aku. Hati aku kini berdebar-debar menunggu. Semoga khabar yang diterima nanti adalah khabar yang menyenangkan..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

6 comments:

Ainul Mustafa said...

kenapa ana? ainul plk yg nanges baca.mana tau blh bantu

widydib said...

KENAPA NI AKAK? KUAT SEMANGAT K...INSHAALLAH PASTI DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH...

nanonano said...

kuatkan semangat ana,
InsyaAllah ramai yg disekeliling ana yg prihatin dgn masalah ana,
yg mana boley bantu ringankan kami akan cuba..

Errina.Rahim said...

kenapa ni? be strong ok... keluarga dan kawan2 sentiasa di sisimu...

Ruse Sulaiman said...

Salam Ana. Apa pun ujian semoga terus tabah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Saya doakan kesejahteraan Ana sekeluarga.

mieza said...

be strong yana....smua org masih perlukan yana...kautkan semangat n igt org trsayang.....insyaallah di beri kesihatan yang baik....amin....

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...