Babysitter Zara



Seronok kan tengok anak membesar depan mata.

Sudahlah yang semalam tu. Aku tak mahu fikir lagi pasal tu. Yang aku tau aku nak hidup gembira bersama anak-anak dan keluargaku. Apa-apa perkhabaran yang bakal aku terima nanti, aku redha. Aku redha Ya Allah..

Terima kasih sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong saya. Terima kasih juga doa kalian. Aku harus positf. Ya positif! Tq tq tq..

Entry semalam bukan yang terakhir. mana mungkin aku akan tinggalkan blog ni. Blog yang sudah menjadi sebahagian hidup aku. Blog yang menyaksikan status aku yang bertukar. Dari bujang ke isteri orang. Kemudian ibu beranak satu. Kini Ibu beranak dua. Sayang sangat-sangat kat blog ini. Sampai aku mati pun aku akan coret2kan kat sini. Kecuali kalau blogspot dah terminate atau kena bayar domainnya. Hahaha.. Insyallah selagi kesihatan ku mengizinkan apa salahnya berceloteh kat sini kan..:)

Oh ye. babysitter Zara aka adik aku, kakYang dah mengembara bekerja. hehe.. Mane lagi. perkerjaan tetap dia tu la kalau cuti semester. Nak makan Mcd free, g cari dia kat Mcd Alamanda nun..:) Nak kerja nak carik duit untuk amik lesen katanya. Jangan melencong ke lain udah la ye..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...