Jalan-jalan ke Lumut

Skip dulu entry dorang ni kahwin k..:) Gambar banyak sangat.. jenuh nak kecikkan..

Pengantin baru cuti sampai Selasa, so, lepas selesai majlis dan kems-kemas apa yang patut, dorang ajak berjalan.. Wahh, pucuk dicita ulam mendatang lah kan. Kata baru habis pantang, kena la kuar jalan-jalan. Tapi kali ni Enady takde. Dia pagi hari Isnin tu dah balik Putrajaya.


Aku masih belum berjaya untuk kurus ye. Jangan kutuk. hahaha. bila breastfeed baby lagi terasa lapar sentiasa. Masa pantang, ada jugak aku cover-cover tak makan itu ini. Lepas habis je pantang, banyak yang bedal. :D Tambah-tambah ada majlis kahwin plak.. lauk sedap-sedap. belasah aje. Sekarang aku tgh kemaruk makan kek. Sedap betul kek dua tingkat yang disponsor oleh makcik aku. Home made ok. 


Lepak Lumut sekejap je sebab hari dah nak senja.


Haha, gambar ni kan, ada ceritanya. Lepas je aku snap gambar KakYang ngan Zara ni, Zara muak gila-gila punya banyak. Habis baju minah tu. Haha, aku tak sempat nak cakap jangan kepitkan perut dia, sebab Zara belum berp lagi. Hah, sekaliiii, hambekk..bau masyammm..=p





Dani sekarang bukan camwhore dah. susah nak amik gambar ngan dia. Tu pun tengok aku pegang perut dia punya kuat tu. haishh..


Lepas lepak Lumut, aku ajak Ijai g Tesco Manjung. Nak carik puting botol susu Dani. Aku masuk bahagian baby.. tu diaaa, rambang mata tengok baju baby girl.. baju todler pun banyak lawa-lawa dan murah. Nak pilih-pilih tapi pengantin nak balik cepat. Sempat aku rembat stokin utk Zara dan T-shirt utk Dani.

Sori Intan, ingat nak jumpa Intan and the boys, tapi masa tak mengizinkan.. lain kali ek..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...