Skip to main content

Kronologi Kelahiran Adik Baby

Hai...

Jumpa lagi...

Seperti yang dijanji...:)

Bermula pada Hari Jumaat... Pagi2 lagi aku dah bangun bersiap sebab Ibu, Ayah, Ika n Dani nak balik kampung dah..entry tu ada kat sini..:)

Lepas hantar dorang kat tol Putrajaya, sempat gak Enady bawak aku round2 tgk Hot Balloon kat Presint 2 tu. Tak turun pun, dok dalam keta je.. Nak turun tapi orang ramai sangat.. padahal baru kul 9 pagi..Cuti sekolah kan..Thats why lorr..

Sampai umah, Enady siap2 g keje..Aku dok rehat je kat umah.. Tgk tv.. Pastu terlelap kat sofa.. Kul 10 pagi tersedar, nak g toilet. Tgk2 ada setompok darah.. Dah kuar tanda! Relax dulu.. baring2, tgk internet, tgk blog.. tiba-tiba dalam kul 11 pagi, sakit perut ya amatt.. Menggigil-gigil rasanya, berpeluh2.. Alamak, apsal lak ni.. Dah tiba masa ke?

Terus capai hp nk call Enady.. Sekali kredit expired daaa!

Tgk Facebook, nampak Nano Nor tgh online.. terus mintak tolong dia call kan Enady. Terima kasih Na! Tq sangat!

Enady rush balik dalam 5 minit dah sampai umah.. Masa 5 minit tu, memang tertonggeng2 lah aku menahan sakit..

Siap2 terus pegi Hospital Putrajaya. Sampai sana, doctor check bukaan dah 3cm. Doctor scan perut semua then doctor decide aku ditransfer ke ABC (Alternative Birthing Centre). atau nama melayunya, Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR). Kat Presint 8 nun. Masa ni dah tak sakit.. Biasa2 je.. Sempat gak aku tanya doctor, bukan ke Hb saya low doctor? Doctor cakap kalau around 10.++ tu kira ok dah.. Below then 10 baru kita kira berisiko..

Dalam kul 2 petang, aku dibawa ke PBBR naik ambulan.. Haha.. merasa jugak naik ambulan..

Check in kat PBBR. Satu bilik sorang ye.. tapi wad kelas 3 la.. kipas je. takde aircond. Kat Labour Room baru ada aircond. Tak kisahla, aircond kang sejuk sangat lak..kipas pun kira ok dah.. Yang penting selesa! Ya! Sangat selesa! Patient tak ramai. Ada 2 orang je termasuk aku. Yang sorang tu dah bersalin.. So, perhatian dari nurse sangat terbaiklah!..10 thumbs up! Sampai aku naik rimas pun ada..:)



v
v
v
v
v

Sambung...(taip kat kampung, yg kat atas tadi taip kat Putrajaya..=p)


Sakit contraction masih light2.. boleh lagi bergelak ketawa.. jalan-jalan keliling PBBR..dengar speaker dari tapak Hot Balloon tu berdentum2.. Oh ye, seberang tasik je tapak Hot Balloon tu ngan PBBR ni..Sekali petang tu hujan daa..Lepak jelah kat dalam wad sampai makan malam kul 7 petang tu..

Dalam kul 8 malam, abg Gee n Kak shima datang melawat..:) Hujan dah reda.. Sakit pun still light.. Berjalan dan terus berjalan keliling PBBR sambil tgk2 jambatan n dengar speaker dr Hot Balloon tu.. Nasib baiklah, pagi Jumaat tu aku dah jalan2 tgk Hot Balloon tu, so, takdelah terkilan sangat tak dapat tengok kan..

Jambatan apa ye nama ni... Ntah.. Tapi paling femes lah Jambatan ni kat Putrajaya nun.. Depan MOF kan..:) Cantik sangat bil waktu malam.. Selalu kat umah, nampak dari jauh je dia bertukar warna..


Lepak-lepak tgk tv citer Bunga-bunga Syurga tu... Lepas habis citer tu, aku dah start mengantuk.. Tertido lah sampai kul 3 pagi... 

Start kul 3 pagi, sakit contraction yang pada tahap 7 daripada 10 la.. still boleh tahan sampai kul 4 pagi.. Ate, sorang-sorang kan dalam bilik, tahan sakit pun selesa je.. dok mengaduh sorang2..Hehe.. Tapi nurse siap2 dah kasik button emergency kat sebelah tangan aku in case kalau aku sakit kuat..

Dalam kul 4 pagi.. aku tekan button emergency sebab aku rasa macam nak buang air besar.. Nurse check laluan, dah 7-8 cm.. Haha.. kena marah le aku.. Ala, marah-marah manja..=p Nurse yang kelam kabut, "cepat puan.. saya dah rasa kepala baby kat bawah!"

Yang aku.. "Hah! Biar betul nurse.."

Ya!..

Aku pun automatik leh bangun n jalan sendiri pelan-pelan g kat Labour Room.. Org kat Labour Room dah siap standby..

Check in Labour Room kul 4 pagi.. Kat Labour Room, nurse check bukaan dah 9cm.. Aku macam tak percaya je dah bukak 9cm sebab tak sama sakitnya masa bersalinkan Dani dulu.. Masa Dani, time 8cm aku dah sibuk cakap, saya nak teran doctor..saya nak terannn.. Tu yang sapa yang follow timeline FB aku, sempat lagi aku taip status 9cm! tu.. 

Bila bukaan dah 10cm, nurse suh teran.. Oh ye! yang sambut baby semua nurse ye.. Takde doktor pun masa tu.. Tapi semua nurse yang dah banyak pengalaman lah kot..nampak macam otai je semua..:)

Sambung, bila bukaan dah 10cm, nurse suh teran sebab kepala baby dah nampak.. Tapi aku takleh teran sebab tak sakit... So, aku teran je, baby keluar sikit then masuk balik.. Nurse cakap, "Puan. baby takleh lama-lama ye kuar masuk kuar masuk.. nanti baby lemas..Puan bayangkan je puan nak buang air besar tu.. Teran sekuat hati..Contraction puan tak kuat sangat ni.."

Patutla aku tak rasa sakit sangat masa dah 10cm.. Berbeza betul bila bersalin sakit sendiri ngan sakit diinduce.. 

Akhirnya tiga kali teran kot, keluarlah adik baby tepat jam 0419 pagi...Allahuakhbar... aku dengar nurse-nurse tu sebut Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahukhbar... Syukur alhamdulillah...Terus aku tanya, baby saya girl ke boy? Then nurse tunjuk n tanya balik kat aku,, baby boy ke girl.. Aku nampak n sebut girl.. Alhamdullillah...


Masa tengah BF kan baby... Kena pakai wig sebab rambut sangat serabai masa tu...=p

Sekian dulu.. nanti citer bab jahit pulak ek.. Bab jahit ni aku cuak sikit sebab dah siap jahit tapi kena bukak balik jahitan tu.. nanti sambung k.. babai..


♥ mama Muhammad Dani Emir & adik baby♥
9 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…