Dah semakin maju nampaknya!

 Apa yang maju?
Aha!
Penggunaan Bahasa Melayu dia lah..
Hehehe..
Sedia maklum email2 macam ni sebelum ni mula kan dia guna Bahasa Inggeris.. (tak pernah baca pun, just scroll pastu last sekali dia suh isi nama dan sekian sekian tu lah)
Pastu dah lama-lama dia guna Bahasa Melayu yang di translate pakai google translate tu..(pun tak baca, eh baca sekali imbas je, nampak jugak suh isi maklumat pasal kita)
Kali ni, bila aku terbaca sikit, teruja pulak nak baca habis sebab ayat-ayat dia tersusun betul macam kita belajar bahasa melayu kat sekoah dulu..=p
Pandai korang ye nak menipu...
Email2 ni aku spam je..

Korang nak baca?
Bacalah!
v
v
v

Anda Yang Dihormati...

Sebelum saya meneruskan email ini dengan segala hormatnya saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Puan Nur Marina Muhammad, berasal dari Malaysia dan bekerja sebagai juru audit di bahagian audit HSBC Bank AS. Dengan segala hormatnya saya meminta anda agar menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya.

Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan anda terdorong untuk membantu saya. Saya tahu anda pasti tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana saya kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2002.

Dana tersebut akan dibahagi dengan nisbah 50/40, 40% untuk anda dan 50% untuk saya dan 10% untuk sebarang kos jika diperlukan dan dikeluarkan untuk melaksanakan urusan ini. Setelah segala urusan selesai ianya terpulang kepada anda untuk menggunakan wang tersebut untuk pelaburan, membeli hartanah atau membayar hutang. Walaupun jumlahnya tidak seberapa, saya harap anda sudi menerimanya. Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun ini tidak mempunyai pewaris.

Saya mendapat tahu maklumat mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana pemegang akaun ini tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara AS.

Saya akan berikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk urusan ini jika anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ini akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini sangat saya hargai. Pastikan anda membalas e-mel ini melalui e-mel peribadi saya (nurmarinamuhammad@yahoo.com) saya akan segera membalas email anda.

Yang Ikhlas,

PUAN NUR MARINA BINTI MUHAMMAD.



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

3 comments:

attyfir said...

selalu gak dpt email camnie..kty tak bukak terus delete

Unknown said...

erk..baru dapat email ni td..hehe...search terus jumpa blog ni..nampak sgt spam ye...hehe..

Ana Lyana said...

@khairul bariyyah

hahaha, banyak dah sekarang..:)

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...