Skip to main content

Review scan 3D

baby Dania..:)

Firstly, syukur alhamdulillah my baby in my tummy sihat belaka.. Means tiada cacat celanya, cukup sifat.. Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan ini. Aku bersyukur padaMu..

Sebenarnya niat nak buat 3D ni ada, sejak dari awal kandungan lagi. tapi masa agak membataskan. Dan bila dah pertengahan bulan sepanjang aku mengandung ni, disebabkan masa agak terhad juga, kami decide tak nak scan untuk tau jantina.. Biarlah suprise nanti bila tiba saat melahirkan..:)

Tapi mama dia ni, tak sabar nak tau.. eh, shopping! Hahaha.. Maksudnya di sini, bila dah tau baby boy, beli sikit2 ajelah keperluan baby sebab abang dia punya pun banyak.. Bila baby girl, haruslah carik yang pink-pink colour kan..:) Like baju, mitten, headband, blouse.. semuanya mestilah kaler yang menampakkan baby girl..

Kawan opis bagitau ada promotion kat Klinik Maria Putrajaya. Kat Alamanda tu.. Terus book tarikh untuk scan. Kebetulan, Enady pun cuti Ahad tu..

Straight to the point lah, tak perlu nak cerita2 lain..Hehe..

Sape add aku kat FB mesti dah tau kan, gender baby ni apa? ..:)

Insyallah, yang keluar nanti adalah mujahidah.. Baby girl, bayi perempuan..:) Terang-terang nampak masa scan tu dia punya tet! :)

Syukur alhamdulillah.. Allah perkenankan doa kami untuk memperoleh baby girl pulak.. Tapi aku tak nak terlampau happy sangat.. Ada je kes di mana masa scan, jantina lain, masa lahir jantina lain kan..

Apa-apa pun, nanti.. kita tunggu saat aku melahirkan ok..:) Doakan aku semoga semuanya baik2 belaka.. dah melahirkan nanti, insyallah aku akan share gud news ini..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…