GAMBAR JALAN DAN TANAH RUNTUH DI KUANTAN

Laluan memasuki sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Sungai Lembing di Seksyen 6 di sini runtuh sepanjang 70 meter malam tadi.



Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku hasil tindakan pantas anggota keselamatan menutup laluan ke stesen minyak itu dalam kejadian 10 malam tadi (13 Disember 2011). Lalu lintas tidak terjejas kerana jalan utama tidak ditutup.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Semambu, Datuk Phang Tsu Ming yang meninjau kejadian itu hari ini, berkata, kejadian itu berpunca daripada aliran air di bawah jalan itu yang menyebabkan hakisan dan runtuhan tanah di situ.
“Faktor hujan yang berterusan sejak akhir-akhir ini menyebabkan struktur tanah di bawah jalan itu tidak kukuh dan mendap secara tiba-tiba,” katanya.
Tsu Ming berkata, satu kajian akan dilakukan pihak perunding yang akan dilantik oleh syarikat minyak terbabit kerana jalan tersebut di bawah kendalian mereka.
Lagi gambar jalan runtuh di kuantan :




Pada masa yang sama, sebuah keluarga termasuk seorang warga emas nyaris maut apabila sebahagian ruang tamu, bilik tidur dan tandas tiba-tiba runtuh dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Charu, Jalan Sungai Lembing semalam.




Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, antara penghuni yang masih berada di dalam rumah itu ialah dua kanak-kanak bersama seorang dewasa manakala warga emas terbabit, Wan Mah Wan Ali, 70, tiada di rumah kerana mempunyai urusan di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).



Sumber : http://www.decrewz.com/gambar-jalan-dan-tanah-runtuh-di-kuantan/

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

1 comment:

fieda said...

mcm2 hal yg jadi kt kuantan kblkngan ni...

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...