Review check up 23 weeks

Pukul 4 petang tepat aku dah terpacak depan mesin tekan button amik no tu. Memang appointment aku pukul 4 petang pun..

Macam biasa, pegi buat urine test, Result normal..

Then, tang Hb aku kena amik darah kat lengan kira-kira 2.5ml. Sebab Hb aku rendah last 2 weeks check up. 10.7mg sahaja. So, pegi makmal, scan n tunggu turn. Hati dah berdebar, alahaiii part ni yang paling susah sekali aku nak rela hati nak buat. Terpaksa!

Masuk bilik dan aku dah cakap siap-siap kat nurse tu yang aku susah nak dicucuk utk amik darah. Nurse cakap takpe kita cuba. 3 orang nurse dok godek2 tangan aku carik salur darah. Maybe sebab dah nak balik masa tu, patient pun tak ramai. Alhamdulillah sekali cucuk je dah dapat darahnya.. Rupanya kena cucuk dalam sikit untuk sampai ke salur darah tu. Nanti 7 bulan kang, kena minum air gula, pastu aku nak cakap ngan nurse nanti suh dia cucuk dalam2 sikit..hehe.. Kalau tak, tiap kali nak amik darah, tak sah la lengan aku tu dicucuk 5-6 kali nak amik darah..ayayaiii..

Setel amik darah. Scan lagi kad untuk tunggu turn check perut. Tak lama tunggu. Sebab tak ramai orang, Kosong kat area menunggu giliran tu..aku ngan sorang dua je yang ada.

Jumpa nurse. Timbang berat. Turun 100g. Dari 85kg last 2 weeks, kali ni jadi 84.9kg. Nurse cakap takpela, tak turun mendadak. Cuma dia suh makan, makan dan makan.. Aku nak bagitau ni ek, sepanjang raya haji ari tu memang melantak jelah keje aku tau.. Macam mana leh turun lak berat aku ni. Aku ni punya risau nak checkup, takut berat naik mendadak..

Baring. Check jantung baby pulak. Alhamdulillah, bacaan jantung baby normal.. Nurse ukur tinggi rahim dan dia cakap besar la baby ni..

Aaaaaaaaaaaaaa? seriaunya dengar besar2-besar ni. Takmo czer takmo c-zer.. kalau ikut tinggi rahim, nurse cakap baby dah 24 weeks. Pastu nurse decide, kita ikut jelah EDD yang doktor bagi. Dan nurse declare aku on 23 weeks..belasah ajela..Tak lari jauh pun gapnya..:)

Result darah keluar. Bacaan Hb jatuh balik.. 10.5mg sahaja. dan Nurse curious ada masalah dgn darah sebab ada dua bacaan darah tu LOW..tak normal. Then dia suggest aku g jumpa doktor.

Jumpa doctor yang sangat lembut dan ramah. Doctor review darah aku dan dia explain yang ada dua kemungkinan darah aku ni Low. Satu sebab time pregnant tu sendiri dan kedua, kemungkinan ada Talasemia. Doctor tanya, masa first pregnant dulu pernah buat tak. Aku jawab, pernah buat tapi at last resultnya negative. Then doctor cakap, takpe, kita just scan n hantar darah tu ke HKL untuk diuji. Puan jangan risau ye.. Resultnya dalam sebulan lebih nanti baru dapat..

Dan hari Selasa depan aku kena datang KKPJ 9 untuk amik darah. Uwaaaaa, amik darah lagi..wuwuwuww..

Setel semua dalam pukul 5.10 petang..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...