Thursday, November 24, 2011

Beringat lepas ni..

Malam tadi sakit perut sangat-sangat.. rasa macam contraction. Mengiring sebelah kiri sakit, mengiring sebelah kanan pun sakit..baring terlentang lagila sakit.. Dok tengah menahan sakit guling sana guling sini aku tertido. Tapi kejap-kejap terbangun. Tengok jam pukul 10 mlm, tido balik. Terbangun lagi pukul 12.30 tengah malam.

Sebelum tu, aku minta tolong bos aku, Ciksu, call kan Enady. Nak bagitau keadaan aku. Hp takde kredit. *kena tolak kredit RM1 utk FB*, phone rumah pulak kenapa ntah takleh call out. Last2 tertido. Terbangun kul 12.30, tgk hp takde miscall or msg. Jenguk FB jap. Adik sepupu aku ada online. So, mintak tolong dia callkan en.suami tu. Terus dapat call. Ngadu2 semua dah kurang rasa sakit.. Enady send kredit sikit utk standby kalau ada emergency. Sampai dia balik kul 5 pagi, alhamdulillah, baru aku dapat tido dengan lena..

Cuak jugak bila rasa sakit macam tu. Jenuh aku google, apa puncanya. Rata-rata artikel yang aku jumpa semuanya simptom untuk keguguran janin. Laju je air mata mengalir sambil berdoa, bertawakal banyak2 moga tiada apa2 yang berlaku.
pic google

Yang aku ingat, last aku makan lunch semalam adalah kat Pizza Hut. Aku teringin sangat nak makan Ultimate cheesy 7 bites tu. Demi menunaikan apa yang diidam si isteri, si suami kotakanlah janjinya nak bawak makan pizza tu. Memang kenyang ya amat. Betul kata Cikin, lepas makan confirm mata layu dan kuyu. Enady pun cakap balik keje takyah masak sebab dia pun still kenyang lagi.

Pagi ni, aku tanya Rozi, pernah tak dia masa pregnant dulu sakit perut atas belah kiri? Dia cakap pernah. tu bukan gastrik katanya. kalau gastrik dia kat tengah2. Aku tak pernah rasa macam mana sakit gastrik, so aku tak tau. Dalam pada tu terfikir, takkan gastrik kot, sebab banyak kot aku melantak pizza tengahari semalam. Rozi cakap maybe angin. Kalau angin banyak pun sakit giler ok nak bagi dia keluar. Tu kata dia.. Terus aku teringat malam tadi masa sakit tu, aku terkentut-kentut..

So, aku declare tu maybe angin yang mencucuk-cucuk. Maybe dari pizza yang aku makan. Mushroom soup yang aku telan atau air mountain dew yang aku minum.. Lain kali kena beringat.. Condition badan orang lain-lain kan.. Maybe masa pregnant ni aku tak tahan makan benda2 tu..:(


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

2 comments:

nanonano said...

Bukan bringat psl mkn je, tp sbb slalu duk sorg2, make sure kredit kne stanby sokmo ade, ishk seb bek bley mtk tlg sape2 yg on9

Imaan09 said...

dear..saya pun sakit perut gak pas mkn pizza ni.. xdelaa smpi mcm contraction.ada jenis cheese y x leh masuk kut? xtau sbb mengandung ke.. atau sbb cheese tu..sbb dulu2 mkn ok je, tp dulu tu xngandung n x de lg cheezy ni..hehe..anyway, take care!