Melawat Mydin USJ

Ahad lepas memang dah plan ngan Enady nak membeli belah kat Mydin USJ nun. Memang tiap-tiap tahun akan shopping barang-barang dapur sempena puasa atau raya kat sana. Untuk makluman, barang-barang kat sana memang murah-murah.

Dan...tambah-tambah bawak budak kecik yang umurnya setahun 4 bulan ni yang sedang melasak. Memang aku tak tahan. Dah jadi macam Kak Jemah dah yang dia cerita anak-anak dia melasak, lalu dia bawak Anoi keluar dan termangu-mangu lah Laloque dan Nisa yang tengah makan masa tu. Rasanya kat Fish Manhattan kot..:) Haha, teman dah rasa ye, tapi teman baru anak sorang. Huhu..Tak lama lagi anak dua pulak.. alamat lepas ni mama shopping ngan papa ajelah ye..=p

Orang super duper ramai. Aku nak kuarkan kamera nak snap gambar pun tak sempat. Main jalan je, mana yang sempat aku capai dan masuk dalam list, aku amik je. Berani mati siap tak tgk expired date. Haha, alhamdulillah semuanya belum expired lagi..Nak carik baju yang elok sikit untuk Dani time raya pun harapan tinggal harapan. Sempat carik baju melayu papa dia dan kain pasang aku sepasang. Sebab kawasan tu tak ramai orang. Takpelah, baju teman tahun ni sepasang je lah..eh, dua kot, kalau ibu sempat jahit baju sutera tu..:) Tema tahun ni adalah kaler merah ok.. huhu, merah membara..

Dani dah makin aktif. Masa nak beratur bayar pun panjangnya Subhanallah, hampir sejam nak tunggu sampai turn. Last-last Enady suruh aku bawak Dani keluar dulu. Bagi dia main-main kat luar. Nasib baik banyak je benda mainan-mainan yang masuk duit lalu dia ke depan ke belakang tu.. Tapi Dani tak heran pun. Dia lagi suka lepas dan berjalan-jalan ikut kaki dia je mane dia nak pegi. Kuss semangat teman nak ngejor nye. Alahai anakk, sampai satu tahap, sampai aku terkasik gigitan anak ketam kat Dani..meraunglah dia. Orang yang pandang, aku tak amik kisah pun. Last-last aku yang menyesal sendiri sebab cubit Dani. Menangislah sorang2 kat situ. Nampak je Enady keluar dari Mydin tu, rasa lega dah. Rasa nak melompat-lompat gembira. Eh, tapi ku masih sedar diri lagi..:)

Macam panjang je aku cerita ni. Sudah lah..:) Selamat berpuasa semua..




Sekejap je dia nak dok dalam ni. Lepas tu menjerit2 mintak turun.

Sampai rumah, aku biarkan dia main..dah penat, mana dan je dia tido..Penatnya nak kemas rumah sekarang..Nangesss..T_T..
 

1 comment:

JIVEBUMZ said...

akak pon dah lama tak ke mydin usj tu kawan2 cakap ada langsir murah n cantik.. ingat nak pi usha la hehe

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...