Sunday, June 12, 2011

Resepsi Emi & Azua di Sungai Besar


Akhirnya pergi juga kami ke wedding cousin Enady kat Sg. Besar. Itu pun dah petang dalam kul 5.30 petang baru sampai. Hampir-hampir kami membatalkan perancangan pulang ke kampung aku, amik Dani, then pergi ke wedding Emi disebabkan ujian darah Enady turun. 103 kepada 91 plateletnya. Rasa down sangat dan masa doctor bagitau ujian darah tu, terasa panas je mata. Airmata bergenang! Dua sebab. Satu keadaan suami yang macam tu dan juga sedih tak dapat balik kampung amik Dani. Eandy disarankan berehat saja.

Then breakfast dulu. Makan..minum.. Baru dapat berfikir cara penyelesaiannya. Akhirnya Enady cakap, kita boleh balik kampung tapi aku yang drive sebab dia sakit tangan, takleh genggam stering kereta. Aku takde hal. Lagipun balik kampung untuk amik Dani. Minggu ni ngan minggu depan ibu akan start busy nak menguruskan satu majlis *tu nanti aku cerita-cerita :)* Makanya Dani akan kubawa balik.

Perghhh 3 jam setengah perjalanan ke kampung.. Dah lama sangat aku tak drive selama itu setelah kahwin ni..Sebab selalunya Enady yang akan drive. Tak dibaginya aku yang drive. Dan kami sampai dengan selamatnya..:)

Sampai jam 2 petang, rehat jap, kul 4.30 petang baru gerak ke Sungai Besar. Perjalanan amik masa dalam satu jam saja. Masa ni, Enady dah boleh drive sikit-sikit. So, dia nak drive, aku biarkan aje. banyak kali jugak aku tanya dia ok tak..:) Ecececece..depan ibu cover baik punya boleh bawak kete ye papa..hahaha..


Sampai kul 5.30 petang. Pengantin takde. Shooting outdoor kat Sg. Haji Dorani. Lepakla kitorang makan-makan, sembang-sembang, layan si kecik.. Last-last pengantin pun pulang jam 7.15malam. Borak-borak lagi, minum-minum, solat Maghrib, menjel;ang Isya', kami pun gerak pulang.

Terima kasih Acik dan keluarga. banyak betul lauk-lauk dan goodies bag yang acik bagi. Terima kasih tau..:)


Kenduri belah pompuan pun kami pergi...:)

1 comment: