Resepsi Emi dan Azua @ Batu Pahat, Johor

Tunggu Mak Andam untuk pengantin lelaki bersiap..

1 May hari tu aku bertandang ke Batu Pahat, Johor untuk menghadiri Majlis Perkahwinan sepupu Enady. Sepupu rapat. Wajiblah pergi kan. Lagipun masa kitorang kahwin ari tu, dia dan ibunya, Acik Saniah boleh dikatakan antara orang kuat jugaklah. Dari A sampai Z masa hari nikah dan sanding kitorang, diorang tolong. Jadi, kali ini turn dorang pulak. Wajiblah kami laki bini turun padang jugak kan.. Baru adil..:)

Pengantin lelaki tengah touch up..:)

Kitorang bertolak sesudah Subuh. Plan awal mahu bertolak Sabtu malam Ahad tu. Tapi disebabkan Enady pun balik keje lambat on Saturday tu, esoknya sajalah kami memulakan perjalanan ke Baru Pahat. Eh, aku tak jumpa pun pekan Batu Pahat. Yang aku jumpa hanyalah Pekan Muar. Jadi, aku konfius, rumah pengantin Perempuan ni kat Batu Pahat ke Muar sebenarnya.? Parit Jawa pun aku lalu.. Huhu, second time sampai Johor, haruslah teruja..:)

si suami dan si isteri =p

Jam 10 pagi kami sampai di Parit Nawi, Parit Yusoff. Rumah makcik kepada Pengantin perempuan. Tempat rombongan pihak lelaki bertanggak. Masa kitorang sampai tu, dorang pun tengah siap-siap.. Dalam kul 12 tengahari, kami pun bergerak ke rumah pengantin perempuan di Kampung Sarang Buaya Darat. Haha, dengar nama kampung pun dah gerun kan..=p Banyak boye darat ni kome..heheh!







Cuaca taklah terlalu panas dan tak terlalu sejuk. Ok ok je. Tapi disebabkan adat orang Johor ni kalau nak masuk kena bertol tol bagai, maka aku jadik panas la. Panas dalam. Hahaha.. Lama pulak tu berdiri. Gara-gara pengantin lelaki tak dapat jawab pantun dalam bahasa Jawa. Cepatlah..dalam hati aku. Kalau boleh tadah air peluh yang meleleh kat kaki tu, agaknya dah penuh sebesen air peluh aku tu.. hahaha..


Dengar cerita dari sumber-sumber berdekatan, Mak Andam tu, eh sori Pak Andam tu tersalah hantar kerusi pelamin tu. tu yang jadik besar tu. Macam tak sesuai pulak kan. Kerusi yang besar untuk pelamin tu memerlukan ruang yang luas untuk nampak dia cantik. Pengantin pun comel-comel jek. Takpelah Emi dan Azu, korang dah selamat nikah pun kan. Kesalahan-kesalahan yang minor tu korang abaikan ajelah..:)

Muka terkejut ngan flash. =p Selepas menepung menawar, dpt bunga telur..

kek pengantin. SR tu..

Enady dan makcik nya, Acik Saniah. Adik mak mertuaku.

Ikut rombongan pihak lelaki dapatlah makan kat meja pengantin..=p

Situasi biasa setiap kali Majlis kahwin.

Keluarga pengantin lelaki.

kecik molek je pengantin pompuan tu..

free style.

Yg untungnya kahwin ngan org Johor ni, macam-macam dapat utk dibawa balik. Mug + Goodies + Lauk Pauk

banner

Taktau caption apa dah..=p



Ok, selesai sudah Resepsi sebelah perempuan. Nantikan pula Resepsi sebelah lelaki pada 11 Jun nanti di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Parents in law pun akan turun juga nanti. Family aku juga. Boleh besan-besan ni berjumpa. :)


2 comments:

Ibu Dhia said...

eh2.. srg buaya darat.. kampong atok saye.. hihi!!

Unknown said...

Salam..
Saya ada membekalkan kain jubah berbatu untuk dibuat jubah atau baju kurung..

Harga dibawah harga pasaran dan pembelian pada 10 pasang keatas akan mendapat harga yang istimewa..

Sesuai untuk surirumah atau sesiapa yang ingin memulakan bisnes online..

layari
http://www.facebook.com/QistCollections
untuk updated kain2 terbaru dari kami..

hubungi :
Irzan:012-2724949
Naza:012-9752114

email:zanth_nz@yahoo.com
:nzath_babe@yahoo.com.my

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...