Wednesday, May 11, 2011

Muhammad Dani Emir 14 months!


11 May 2011

Genap Dani 14 bulan hari ini. Maafkan mama Dani. Dah malam buta baru mama nak update pasal milestone Dani di bulan ke 14 ini. Mama busy ngan sukan di siang hari. Malam pulak mama memang flat gila! Lepas je tidokan Dani, kemas-kemas rumah, siapkan beg Dani n mama dan selesaikan suruhanNya, mama terus tido.

Di bulan yang ke 14 ini, macam-macam jugak yang si Tecik ni pandai. Cepat betul dia belajar dan tangkap apa yang kita ajar. Antaranya :


  • Dah pandai salam ngan orang. Hurmm, macam mana nak cakap ye, bila kita hulur tangan dan cakap amin amin, automatik Dani akan capai tangan kita dan ditariknya ke mulut lalu gigit! Aiyarkkk, mama suruh salam aminn je Dani oii.. apsal ko gigit..=p
  • Nampak bird je, tangan terus tunjuk dan mulut akan berkata "berrr". Dulu dia pandai tunjuk je bila nampak bird. Now, dah pandai sebut. Walaupun tak proper sebutannya, itu dah cukup bagus bagi aku. Lama-lama nanti dia pandailah kan.:)
  • Nampak cicak terus je teruja sambil tangan tunjuk kat cicak tu dan mulut berkata "Hah!Hah! Hah! Mase tu kat umah nenek atuk Pahang dia. Kat umah sekarang mana ada cicak, bila aku sebut cicak je, Dani akan pandang atas. Mulut bising. Kalau cicak takde, tangan akan buat isyarat finish..Hahaha..
  • Pandai dah katup bukak tv. Kalau tv tak bukak, sama ada dia akan bising suh kita bukak atau dia bukak sendiri. Suka tekan remote.
  • Everytime dengar iklan kat tv, gerenti mata tak berkedip. Panggil nama pun dia buat tak tau je..
  • Kalau aku balik keje tu, time nak naik bukit ke apartment aku ni, aku saja tanya Dani, "Rumah Dani mana?" Laju je dia tunjuk ke apartment aku tu. So clever! Padahal aku baru je ajar dia 2 hari yang lepas.
  • Sudah kenal orang. Eh bukan, sebelum ni Dani memang akan nak je ngan orang kalau orang lain nak dukung dia. Sekarang tidak lagi. Kalau aku atau papa dia dah dukung, susahla orang lain nak mintak dukung. Aiyaa.. susahla mama macam ini nak oi. Pagi2 nak hantar umah BS dia, kena bawak tgk bird dulu baru pas kat BS dia. Dia nak ikut aku g keje.
  • Sudah pandai memberi dan mintak. Tapi dua-duanya perbuatan tu dia guna satu perkataan je. "Bak" 
  • Belum pandai berjalan. Belum ada tanda-tanda dia nak berjalan. agak takut kalau kita tatih pastu kita lepas satu tangan dia. Kalau kita tatih dua tangan, memang lajula dia jalan.
  • Kuat menyusu. Exspecially bila time malam tu. 3 kali aku bangun buat susu 8oz ok. Fuhhhh. Patutlah ko lempang mama, memang terasa pelepekk sakit woo..
  • Suka tekan lif turun naik. Dah selalu dia tengok aku tekan kot.
  • Suka main sensorang. Pastu membebel sorang-sorang. Hahaha ikut perangai papanya. =p
Aku rasa ni je kot. Kalau ada lagi aku update.

Happy 14 months sayang mama n papa. We love you very much!




Syok kamu main tekan-tekan ye Dani.

Abaikan kaki itu. Sape punya kaki entahlah =p

2 comments:

pja said...

mikhail pn cm gayat je kalo soh jalan pgg tgn dia seblah...tp wat jugak..wahaahaha..2 3 hari ni..kalo pgg tgn seblah dia akan jln mcm ketam dulu..pastu br straight...jarang2 skali dia nk menapak sendiri...ade la kot 2 hari sekali br dia wat...tu pn dua tapak pastu trus duduk..gayat kot...ble ntah nk jalan btol2

Fadilah R. said...

happy 14th months dani!