Hobi dia 'mengemas'

Di usia beliau 13 bulan, macam-macam peel ditunjukkan. Sudah mula tunjuk taring. Halaaahhh.. tak larat mama oi. Sian nenek awak. Langsung tak boleh nak siapkan tempahan baju orang. Ya. Itu adalah salah satu reason aku harus bawa balik Dani ke pangkuanku. Di samping, aku dan Enady mahu rasa sendiri nikmat membesar kan anak. Beliau pun dah kembali sihat. Harapan aku semoga Dani terus sihat dan sihat seterusnya. Alahai, apa aku merepek ni. Semua ibu-ibu mahukan anak mereka sihat walafiat kan. Itu kesimpulannya.=p

Terima kasih ibu dan ayah. Merekalah tempat ku mengadu nasib. Sudi menerima Dani untuk dijaga tatkala ditimpa masalah. Sangat-sangat bersyukur mempunyai ibu bapa sebaik mereka. I love you ibu ayah. Arghh, ter emosi pula. *tears down*

Aku mahu cerita hal ini sebenarnya. Perangai baru Dani di usia 13 bulan. 'Mengemas'. istilah yang cukup sinonim dengan kanak-kanak sebaya dengannya. Mungkin ada yang lagi awal daripada Dani atau lewat. Setiap kanak-kanak lain perkembangannya bukan? So, don't say anything..:)


Port biasa Dani. Rak tv. Sebelum ni, beliau sibuk jugak di situ. Cuma sekarang ni lagi advance ko.. Sampai decoder astro tu pun mahu dicampaknya. Actually aku sangat seriau bila pegang decorder astro tu sebab aku dah pernah kena renjatan elektrik. Taklah kuat tapi cukup buat aku fobia. Sama juga dengan arial tv (betul ke eja arial tv ni?). Korang pernah kena tak? Rasa dia macam ada orang cuit kita dengan jarum tu..:) Aku pun tak paham, Dani tak pernah kena ke?


Tak senang betul mama nak hias cantik sikit kat rak tv tu. Kat bahagian hujung tu, actually ada vase. Tapi terpaksa dialihkan sebab tu juga salah satu kegemaran Dani. Akhirnya, ku biarkan kosong sahaja. Album tu pun, tak senang untuk diletakkan di situ. Bila susun, Dani punggah, Kemas balik, Dani punggah. Nasib baikla papa awak sangat rajin ok. Papa yang akan kemas bila anak kesayangannya buat perangai. Hai Dani, nampaknya mama harus lupakan hasrat untuk menggoda papa untuk belikan furniture2 ala deco bersama Eric itu. Tunggu awak besar sikitlah nampaknya. No bunga-bunga..Tsk tsk tsk..


Sini juga port kegemaran Dani. Laci kabinet dapur. Dahla hujung laci tu tajam. Selamba je dia boleh tarikkkk pastu tutupppp..boommmm!!! alamak, tak berjaya buat bunyinya. Korang bayangkan korang bukak laci pastu korang tutup laci dengan kuat. kan ada bunyi kan.. Haaa.. macam tu lah.. Riuh rendah umah. Jiran-jiran, jangan marah ok..:)

Masalahnya, aku yang tengok ni, risau ya amatttt. Aku takut dia terkepit tangan je. Makin di larang makin dibuat. Bila dia balik nanti, harus aku 'tape'kan dari atas sampai bawah. 

Dan tengok gambar di atas. Dani boleh habiskan biskut batang tu tanpa pegang pun. Dia gigit je, pastu jalan sana jalan sini, tengok-tengok dah habis. Aku ngan ibu carik jugak, kot-kotlah tercicir kat mana-mana sisa biskut tu kan..Tapi takde..Agaknya bila dia hisap biskut tu terus cair dan dia gunakan lidah je nak habiskan biskut tu.. Haha.. fikir positive. Kalau negative, aku bayangkan Dani telan je biskut tu..:)

Sekian, cerita Dani. Tak tertahan dah rasa rindu ni. Khamis ni aku balik kampung jumpa Dani. Alone. Papa Dani tak dapat cuti..Ngee..Sian papa. Papa yang ngigau-ngigau, mama yang dapat jumpa Dani..Sabar ye sayang, nanti kita bawak balik Dani tau..:) 

2 comments:

atty's said...

bila umur2 mcm dani nie..mmg suka benor buat aktiviti mengemas

m@Ri@ said...

aqil rajin 'mengemas'..habis tercampur baju bersih dgn baju kotor..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...