Sunday, April 17, 2011

Cyrus! Aunty tau awak kuat!


Ana aka Miera,

Macam mana dengan keadaan Cyrus sekarang?

*************************

Hari Khamis petang, aku berkesempatan untuk jumpa ngan Ana walaupun sekejap. Rushing! Sebab aku nak berkejaran balik umah packing baju bagai untuk pulang ke kampung naik bas pukul 8.50 malam. Haaa! Korang bayangkan sekali nafas aku cakap ni. Tapi aku tak sedap hati kalau aku tak jumpa sendiri untuk bertanyakan khabar Cyrus. 

Kondisi Cyrus masa aku datang kat Emergency tu (masih kat Emergency ketika itu), tak demam sebab badan dia tak panas. Tapi dia punya merengekkk.. sian aku tengok Ana. Aku mintak dukung Cyrus sekejap, sementara Ana g setelkan baju2 Cyrus tu, punyalah Cyrus menangis nak ibu dia. Alahaiii.. sedih aunty tau Cyrus.. 

Aku syak Cyrus kena demam campak. Sebab badan dia habis keluar bintik merah2 macam kes Dani dulu. Dani demam jugak 3-4 hari. Lepas tu baru keluar bintik-bintik merah. Aku agak je sebab aku tak tau kondisi Cyrus sehingga ke hari ini.

Apa-apa pun, aku doakan Cyrus memperoleh kesihatan yang baik-baik Na. Ko kena kuat hadapi dugaan ni. Allah sayang kita, tu sebab Dia uji kita. Bersabarlah, mesti semua ni ada hikmahNya.

noted : Di saat Ana sedang berjuang utk anak, masa tulah Ana ada test, final exam.. Huhu..Salute ngan ko Na, sebab berani sahut cabaran ni. Bukan senang beb..Semoga ko tabah k..


3 comments:

m@Ri@ said...

la cyrus demam campak ke?apsal ketinggalan plk maria ni...em semoga cyrus cepat sembuh

CikPuanMiera said...

babe tq eh!
cyrus xdemam campak.
masih lg suspek denggi.
kne xtra jage cyrus skg.
ear infection die dtg balik.

mmg sama kes ngan dani
huhuhu
tp alhamdullilah start smlm die da ok.
after 6 hari merengek, tdo xtdo.
legaaaaa.

AnaLyana said...

maria : hehe, mak nya nak dah jawab kat komen atas ni. Cyrus bukan demam campak.

ana : sesama.. aku susah hati jugak bila ko macam tu. alhamdulillah cyrus dah beransur baik..:)